"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, 16 June 2013

Zat Makanan Penting Semasa Mengandung

Aslm wbr..

Alhamdulillah... Yaya dh tidoq... so mlm ni dpt la mama wat entri awal sikit... Hari ni nk sharing info yg saya baca dari Majalah Pa & Ma bulan Februari 2011...  Zat makanan penting yang perlu diambil sepanjang tempoh kehamilan.. (Straight forward jerlah ye... kang membebel pjg2, x capai matlamat pulak.. hihihih)

Dengan pengambilan makanan sihat dan seimbang, in sha Allah... ibu hamil dijamin dapat memenuhi keperluan nutrien sewaktu hamil.  Namun diingatkan juga, ibu hamil perlu tingkatkan pengambilan beberapa jenis nutrien agar kesihatan kedua-dua belah pihak (iaitu ibu dan kandungan) terjamin...  Zat-zat tersebut ialah...

Asid Folik

Ia penting dalam pembentukan hemoglobin iaitu pigmen yang mengangkut oksigen ke sel-sel tubuh serta berupaya mencegah kecacatan tiub saraf (NTD).  Ibu hamil disaran mengambil 400 - 600mg asid folik sehari.  Ia boleh didapati daripada sayur berdaun hijau dan kekacang.  Ketahuilah, pengambilan suplemen folat sebelum dan semasa 2 bulan pertama kehamilan dapat memberi perlindungan kukuh terhadap kecacatan tiub saraf seperti spina bifida (means, kalau yg tgh planning nk pregnant tu, better la amik asid folik sblm pregnant lagi..)

Zat Besi

Ibu hamil memerlukan kira-kira 30mg zat besi setiap hari.  Zat ini penting untuk membentuk hemoglobin bagi menghindari diri daripada masalah anemia.  Tanpa zat besi yang mencukupi, tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup sehingga boleh menjejaskan fungsi organ dan tisu tubuh akibat kekangan oksigen.  Keadaan ini turut membahayakan bayi di dalam kandungan disebabkan oleh kekurangan oksigen.

Biarpun nutrien ini boleh ditemui dalam kebanyakan jenis makanan, namun sumber haiwan (daging) lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding sumber tumbuh-tumbuhan (sayur-sayuran).

Karbohidrat

Ibu hamil memerlukan makronutrien seperti karbohidrat yang berfungsi membekalkan tenaga harian.  Jumlah karbohidrat yang anda perlukan setiap hari adalah sekitar 55%, keperluan tenaga yang boleh didapati daripada makanan daripada sumber karbohidrat.  Sumber karbohidrat yang penting adalah nasi, pasta, bijirin, roti bijirin penuh dan kentang. 

Kalsium dan Vitamin D

Untuk perkembangan tulang dan gigi sihat, pengambilan vitamin D dan kalsium patut diberi perhatian sewajarnya.  Vitamin D boleh diperolehi daripada cahaya matahari, susu dan produk tenusu.  Fungsinya ialah membantu penyerapan kalsium dalam tubuh.

Disebabkan keperluan kalsium bayi meningkat, ibu hamil perlu menambah pengambilan kalsium harian bagi mencegah kehilangan kalsium daripada tulang.  Kalsium pula boleh didapati daripada susu, produk tenusu, bayam, tofu, ikan bilis dan ikan sardin.  Ibu hamil disaran mengambil sekurang-kurangnya 1000 - 1200mg kalsium sehari.

Vitamin C

Vitamin C turut dikenali sebagai asid askorbik.  Vitamin ini sangat penting ketika hamil kerana ia membantu penyerapan zat besi, merangsang kesihatan gusi, tulang dan gigi serta mengekalkan daya ketahanan tubuh.  Ibu hamil dan bayi memerlukan Vitamin C yang mencukupi setiap hari kerana ia penting untuk pembentukan kolagen sebagai komponen tulang rawan, otot, tulang dan kulit.

Berdasarkan kajian, penyelidik percaya bahawa kekurangan Vitamin C di kalangan bayi baru lahir boleh melemahkan perkembangan mentalnya.  Ibu hamil boleh memperolehi Vitamin C daripada buah-buahan sitrus, sayur-sayuran hijau, jambu batu dan tomato.

Protein

Nutrien ini penting untuk perkembangan sel-sel baru bayi.  Lebih kurang 80gm protein diperlukan daripada pelbagai sumber protein yang anda ambil.  10gm digunakan di keseluruhan waktu trimester pertama.  Ketika di trimester kedua, 10gm diperlukan setiap minggu dan 10gm setiap hari diperlukan di penghujung trimester kehamilan.  Sumber makanan ini merangkumi jenis makanan seperti daging, ikan, ayam, telur putih, kekacang dan tofu.

DHA

Kajian menunjukkan omega-3 seperti DHA banyak ditemui di dalam otak, saraf dan retina.  Oleh itu, ia dipercayai menjadi nutrien perlu bagi membantu perkembangan otak dan mata bayi mahupun kanak-kanak.  Jika ibu hamil memperoleh bekalan DHA mencukupi pada peringkat akhir kehamilan, ibu akan melahirkan bayi yang memiliki status DHA yang baik.

Kajian turut menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang mengambil suplemen DHA semasa hamil dan ketika menyusukan, menunjukkan prestasi kognitif dan keputusan ujian IQ yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang mana ibunya tidak mengambil suplemen DHA.

Antara lain, pengambilan suplemen omega-3 dapat mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin.  Malah pengambilan DHA turut digalakkan kepada anda yang merancang untuk melahirkan lebih daripada seorang anak.  Hal ini kerana kajian membuktikan kelahiran yang ramai menjejaskan tahap DHA tubuh ibu dan seterusnya merencatkan status DHA anak yang dilahirkan.  Oleh yang demikian, dicadangkan agar anda mengambil sekurang-kurangnya 300mg DHA asid lemak omega-3 setiap hari.

Probiotik

Bakteria hidup bermanfaat kepada kesihatan kerana di dalam usus, probiotik menghasilkan enzim dan vitamin B tertentu.  Pengambilan suplemen probiotik yang berkualiti tinggi berupaya memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrien serta dapat mencegah masalah sembelit dan radang usus.  Keberkesanan probiotik untuk sistem imunisasi berjaya dibuktikan menerusi kajian ke atas bayi dan kanak-kanak.

Probiotik tidak sahaja bermanfaat untuk usus anda, malah berguna dalam mencegah penyakit urogenital seperti jangkitan saluran kencing ketika hamil.  Jenis-jenis bakteria yang digunakan untuk menangani masalah jangkitan saluran kencing, yis dan kulat adalah Lactobacillys rhamnosus GR-1 dan Lactobacillys reuteri RC-14.  Untuk pengetahuan anda, suplemen probiotik adalah selamat untuk diambil dalam jangka masa panjang.

Air

Ibu hamil perlu menjaga kesihatan tubuh badan mereka agar tidak dijangkiti penyakit kerana ia boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan.  Oleh kerana itulah, ibu hamil digalakkan untuk minum air dalam kuantiti yang disarankan bagi menghindari daripada dijangkiti penyakit seperti demam atau selsema.

Adalah penting untuk ibu hamil minum air dalam jumlah yang mencukupi.  Tambahan pula, isipadu darah ketika hamil meningkat secara mendadak.  Jadi dengan meminum air yang banyak iaitu 8 gelas sehari turut boleh mengelakkan masalah-masalah berbangkit seperti dehidrasi dan sembelit.

Okay.. dh abis baca...? hehehee... Sepanjang tempoh mengandungkan Yaya dlu, saya amik set ibu mengandung Shaklee.. ternyata set tersebut menawarkan semua keperluan zat penting di atas tu...  Syukur, sepanjang kehamilan kesihatan saya di tahap yg baik... Bkn sbb nk promote produk... tp saya lebih suka berckp ttg produk base on pengalaman saya sndiri...

Berminat...? Boleh contact saya... saya akan consult yg terbaik untuk anda...   :))

Love n' Care..

No comments:

Post a Comment