"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, 24 January 2014

Turun Berat Badan Dengan Sihat Bersama Shaklee

Rini nak share gambar BFF saya (bukan kawan skolah lama yang entri lepas tau...) yang dah berjaya menurunkan berat badan dengan Shaklee...

Ni saja nak perangat... bagi uolss tengok gambar sebelum dan selepas je dulu k... nti saya cerita panjang lebar... hihihi...

Tata... ekekeke



BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Tuesday, 21 January 2014

Rawat Keputihan dengan Set Keputihan Shaklee

Hari ni Miza nak share, sembang pasal keputihan... lorrr... malu nak sembang? Memanglah malu tapi keputihan ni kan masalah common kaum wanita, tak kira tua muda... kalau tak dicegah atau dirawat dari awal boleh melarat jadi macam2 pulak nanti...

Jom tengok apa itu keputihan dan puncanya... kredit pada Fuh.my, hasil pencarian Miza di Google tadi... :)

Apa Itu Keputihan?

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.  Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.


Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Punca Keputihan Terjadi

  1. Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
  2. Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
  3. Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
  4. Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
  5. Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
  6. Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
  7. Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Selain dirawat dengan petua tradisional, keputihan juga boleh dirawat melalui pengambilan makanan tambahan seperti Set Keputihan di bawah ni...!  Yerlah ada sesetengah orang lebih selesa rawatan yang jenis makan2 ni.. tak nak yg cuci2 dsb kan... kira alternatif lain lah ni selain cara tradisional...

Bagaimana suplemen Shaklee ni bertindak?


Alfalfa Complex
  • Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Garlic Complex
  • antibiotik semulajadi untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • menghalang alergi - hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.
  • mempertingkatkan sistem penghadaman - kembung perut, gastrik, ketidakhadaman, malah mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik. 
  • menstabilkan glukos di dalam tubuh
  • menurunkan kolesterol
  • menurunkan darah tinggi
  • detoksifikasi

GLA Complex
  • Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
  • Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.  Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

Meh kita layan testimoni dulu... kebanyakannya amik Alfalfa Complex... :)

 :: perghhh... terbaek untuk hubungan suami isteri juga..! wink2 ::


:: penat, stress antara punca keputihan ::

:: keputihan hilang, susu badan pun bertambah 
(Alfalfa well known as milkbooster jugak tau!) ::


TAPI... Alfalfa dan GLA Complex tak boleh diambil oleh ibu hamil ye... kalau ibu hamil ada masalah keputihan, Miza highly recommended Garlic Complex... boleh dapat manfaat lain juga dari Garlic Complex ni selain untuk keputihan...

Nasihat Miza sekiranya anda mengalami masalah keputihan, janganlah lengah-lengah sampai melarat... jangan malu sekiranya ia untuk kesihatan diri kita sendiri... tgk tu... Dr.Hamid Arshat pun pesan suh check... kalau bukan kita yang nak jaga diri kita, saper lagi kan..? :)



BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Monday, 20 January 2014

B Complex Shaklee

Vitamin B adalah antara vitamin yang selalu kita ambil untuk memelihara kesihatan kan... terutamanya kalau kita sedang merancang untuk hamil, sedang hamil, terdedah kepada persekitaran yang memberi tekanan dan lain-lain lagi.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan, sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Sebab tulah, penting untuk kita mengambil Vitamin B Kompleks setiap hari.



Dalam Shaklee pun ada Vitamin B, dikenali sebagai B-Complex.  Kecik je botolnya, tapi khasiatnya besar tau...!  Bezanya B-Complex Shaklee dengan Vitamin B lain di pasaran ialah...
  • dicipta oleh para saintis Shaklee dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.  Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh, dan hampir 99% asid folik di pasaran bersifat sintetik.
  • B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.  Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Fungsi Utama B-Complex Shaklee
  • Menukar makanan kepada tenaga ~ bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
  • Melawan tekanan ~ Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu tumbesaran ~ Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.  Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Rambut beruban dan gugur ~ membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
  • Baik untuk mata ~ mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus.
  • Mencegah anemia ~ membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
  • Meredakan senggugut ~ baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon seperti pil perancang, dan ubat tahan sakit.
  • Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai rekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  • Detoksifikasi ~ meredakan alahan

Banyakkan fungsinya..? Sebab tu B-Complex Shaklee ni terdapat dalam Set Kehamilan, Set Bersalin, Set Resdung, Set Kecantikan, Set Migrain dan lain-lain lagi...

Yang paling best dgn B-Complex Shaklee ni, harga dah lah mampu milik sangat, pastu sebotol tahan sampai 4 bulan...!! Berbaloi2 kan..??

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Thursday, 9 January 2014

Testimoni Set Kurus Shaklee

Hari ni nk share testimoni kawan sekolah lama saya yang dh jadi regular customer saya, hehehe... Dia sgt berazam nk turunkan berat badannya...  dia cakap dia pernah amik H*******e tapi tk terikut dengan regim produk tersebut... apabila dia dengar saya dah berjaya turunkan berat badan sejak amik Shaklee... dia pun nk try...  Kronologinya macam ni...

Mula2 sekali dia amik Vitalea, Lecithin, Omega Guard dan Alfalfa... sbb masa tu bulan puasa... saya sangat galakkan dia ambil Vitalea sekali... utk beri dia tenaga dan khasiat yang diperlukan sepanjang proses penurunan berat badan tu...  Feedback awal dia masa tu? "Badan rasa segar dan ringan...' - syukur Alhamdulillah...!

Lagi berapa hari nk raya.. dia msg kt saya... ayat dia, "miza...! hang punya pasai lah ni...!" Terkejut saya.. igtkan pasal apa... tau tak pasal apa...? Dia kata baju raya dia dah longgar...! Sbb dh dekat sgt nk raya baru gi amik baju... tailor tk sempat nk alter lg dah... so dia kata, baju raya tahun ni besar mcm baju pinjam...! hehehehe... happy sgt saya dengar...!

Tak lama lepas tu.. dia tambah dengan Cinch Shake Mix Caffe Latte pulak... dia kata selalu dia minum time dinner... kdg2 dia amik masa breakfast... sedap shake dgn susu dia kata lagi... then, dia tambah pulak amik Cinch Energy Tea Mix... tiap2 hari dia minum air kosong 3L... Siap Whatsapp kat saya gambar bekas air segebuk yang dia minum sepanjang hari di tempat kerja... haha...dia kata, Cinch Tea Mix ni best... proses 'membuang' tiap2 pagi rasa best jer... mcm2 yg keluar... hahaha ampun..! ni bukan saya kata... dia kataaa....!!

Yang terakhir dia bg testimoni... berat badan dh turun 5 kg...! tu bulan September yang lalu.. skrg ni entah dh berapa kg kan... dia kata nti dia nak amik ESP pulak... nk dptkan kulit muka yang flawless dan glowing gitu...! (sbb masa COD barang kt dia ritu.. dia kata muka saya glowing.. sbb saya minum ESP.. hahahaha)


Sejujurnya... rasa gembira sangat tiap kali dapat feedback positif dari customer setelah consume Set Kurus Shaklee... tak perlu pantang itu ini, cumanya kawallah pemakanan anda yea... kalau makan tak hengat... amik bapak ubat kurus aper pun memang tak jalan! Betul tak..? Pastu.. jangan lupa amik banyak air kosong supaya supplemen yang kita amik tu dapat berfungsi dengan baik... banyakkan juga pengambilan serat, buah-buahan dan sayur-sayuran... kalau malas nk bersenam, abis-abis sangat pun... jalanlah keliling rumah ke... lari setempat ke... hehehe.. kasik gerak sikit badan yang montel tu...

Dan yang paling utama sekali... apabila kita mengambil supplemen ni... kenalah ISTIQAMAH atau dalam bahasa modennya KONSISTEN...! Kalau anda kejap amik, kejap tak amik... lupalah, bizilah, tak sempatlah... janganlah komplen, "orang lain amik Shaklee boleh kurus, saya amik Shaklee dah lama tk kurus-kurus pun..."... cuba check balik... water intake banyak mana... pemakanan macam mana, dan konsisten ke tak pengambilan... rugi kan kalau dah beli beriya-iya lepas tu tak amik betul2... orang lain dah sakan tukar saiz baju bagai... kita dok pakai baju saiz tu je.. silap2 tukar saiz gak tapi kepada saiz lagi besar!!! erkkk lariiiii....

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Tingkatkan Kesuburan Dengan Zinc Complex Shaklee


Zinc Complex Shaklee ni adalah antara suplemen Shaklee yang paling murah sekali, tapi khasiatnya banyak.. terutamanya dalam kesuburan lelaki... Zinc Complex ni juga terdapat dalam Set Kesuburan Lelaki dan Wanita, Set Rambut Gugur dan Set Berpantang Shaklee...

Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.  Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Fungsi Utama Zinc Complex Shaklee...
  • Mengaktifkan 200 jenis enzim ~ zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protin, seterusnya merangsang regenerasi sel. Juga mengaktifkan 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.
  • Membentuk kolagen ~ membantu pembentukan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
  • Memperbaiki diabetes ~ membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.
  • Bintik putih di kuku ~ bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.
  • Mempertingkatkan sistem imun ~ Membantu pengeluaran kalenjar thymus. Kalenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.
  • Mempercepatkan Pemulihan Luka ~ Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.  Hancurkan zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.
  • Memperbaiki masalah Prostat ~ Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.
  • Kemampuan Seks Lelaki ~ Pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma.  Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
  • Ovulasi wanita ~ Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi.  Zinc juga membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.
  • Memperbaiki radang kulit ~ Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4 hingga 8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.
  • Mengekalkan Deria Bau ~ Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif (rasa dan bau).

TAHUKAH ANDA??

Zinc adalah suatu khazanah lelaki ~ Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.


BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Monday, 6 January 2014

Testimoni Set Mengandung Shaklee


Inilah dia set yang mengenalkan saya dengan Shaklee... saya ada citer details Set Mengandung Shaklee ni kat sini... 

Setelah saya disahkan mengandung anak ke-3 pada tahun 2011 (last mengandung tahun 2004.. lama tu beb!).. umur pun dh msuk 3 series... so saya terus google cari set kehamilan, dan terjumpa Shaklee... 


Maser tu saya masih bekerja, hari2 blk kerja jam 8pm... ada masanya atas keperluan tugas, blk pukul 11pm, 2am pun penah...! (macam org penting sgt mak kan! hehehehe) Cumanya sepjg kehamilan tu saya tak der selera makan (siyes tengok nasik pun tak stim!) dan selalu muntah2 sbb perut masuk angin kata cik misi.. tp Alhamdulillah, walaupun x lalu makan, balik kerja lambat... tp bila balik umah masih bertenaga utk buat kerja umah lagi (kat umah saya tu... sapu sampah, basuh baju hari-hari, tk tahulah kat umah orang lain macam mana...).  HB dan kandungan gula dlm darah pun cantik je tiap kali checkup... bdn pun x naik macam dipam-pam sepanjang pregnancy... 


Yang paling saya suka... sepanjang kehamilan dengan Set Mengandung Shaklee ni... muka tak sembap, kaki pun tak bengkak, dan sakit belakang serta simpul biawak yg selalu preggy mommies alami pun saya tak kena.. syukur... mmg indah sgt pregnancy kali ni.. masa tu terfikir... kalaulah saya jumpa Shaklee dari mengandung anak pertama lagi kan best... siap ada yg tegur saya nampak makin cerah masa pregnant... anak ketiga ni pun kulitnya lebih cerah berbanding anak pertama dan kedua... (hihihi jgn marah anak2 mama...).. pastu masa raya thn 2012 tu saya baru abis pantang.. bila gi beraya, ramai sedara mara yg terkejut bila bgtau baby baru umur 2 bln masa tu sbb badan dia nmpk mantap dan keras.. takder terlentok2 mcm baby yg umur 2 bln... hari pertama saya masuk kerja lepas cuti bersalin 3 bulan, babysitter tanya "Yaya dah meniarap ke?".  Terkejut gak la saya... balik umah... masa golek2 kt ruang tamu... Yaya meniarap..! Ya Allah gembiranya hati saya...!  Masuk umur 10 bulan, Yaya dah boleh berjalan... sekarang umur Yaya 1 thn 7 bln... gigi pun dh penuh smpi ke geraham...!


Mommies jangan le risau tengok fullset tu macam banyakkkk je kan.. bukan kena amik ni semua sekaligus... saya dlu pun amik peringkat2.. sikit2.. ikut trimester... smpi complete fullset.. yg untungnya lagi set ni.. boleh amik sampai dlm pantang, lps abis pantang pun leh amik... sebotol tahan berbulan2... pelaburan yg sgt menguntungkan!!!

~ Ingat.. 9 bulan yang indah tau..!!! ~ (>_<)

Nak cuba? Contact saya yea...
saya boleh cadangkan ikut keperluan dan bajet anda...!!

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG