"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday, 26 February 2014

Hilangkan Sakit Kepala/Migrain Dengan CoQ Health Shaklee

Rini nak share testimoni Miza sendiri.. haha poyo kan? Poyo tak poyo.. tapi Miza memang teruja dengan testimoni Miza yang satu ni... haha..

Miza penah cerita pasal CoQ Health kt entri sini dalam bulan Oktober 2013.. masa tu Miza baru start amik CoQ Health, sempena offer bulan September kalau tak silap.. lepas tu, sepanjang Oktober - November 2013 lak, saper yang beli barang Shaklee secara online dan melebihi 200uv, Shaklee bagi sebotol CoQ Health secara percuma...! So takkan nak lepaskan peluang kan.. sepanjang promosi tu, Miza dapatlah beberapa botol CoQ Health... buat makan sendiri jer maser tu sebab CoQ Health baru lagi.. tak ramai yang cari lagi hihihi... tapi lepas baca entri ni... korang mesti cari Miza untuk CoQ Health tau!!


Ok sebelum tu.. nk citer dlu.. selama ni Miza memang tk der migrain.. tapi Miza notice, sejak masuk umur 30an... tiap kali nak period, Miza mesti akan alami sakit kepala yang sangat kuat... selalunya sebelum period, kdg2 masa awal period, ataupun selepas abis period... kalau kena sakit kepala tu... siksanya rasa Ya Allah... macam manalah org yg ada migrain kan... sakit kepala tu kdg2 sampai muntah2, terbaring tak boleh nak buat apa dah... suami dan anak2 pun kira dah maklum... bila Miza macam tu.. 'kawan baik' nak melawat la tu.. dorang pun pandai2 la bawak diri... huhuhu kesiannnn depa... maser tu, tak main la Panadol.. Uphamol pun tak main... Miza amik Active Fast terus...! Memang ader jer standby dalam handbag sampai sepapan... tu pun hilangnya kejap je... nanti sakit balik, kena telan lagi dan lagi sampailah rasa lega...

Sebulan dua lepas amik CoQ Health.. Miza tak perasan lagi... sebab masa tu Miza masih ambil pil perancang kot... Miza boleh agak time period dengan kiraan pil tu atau rasa sakit kepala yang datang, haha... Lepas dah stop ambil pil perancang.. dah tk alert lah bila nak period.. tup2 datang je 'kawan baik' Miza ni... tak sangka sebab Miza dah tak sakit kepala...! So bila tak solat, anak Miza tanya.., 'Eh.. mama tk solat?' Dengan bangganya Miza jawab, 'mama piyet lah..' Dia pun cam terkejut, sebab dia tau la mama dia ni kalau 'kawan baik' datang macam mana kan.. ni steady je cam tak der apa2... rasa hepi sangat...!!! orang yang sakit kepala/migrain jer tahu kan camner sakitnya huhu..

Bila Miza study pasal CoQ Health lebih lanjut... baru ingat... CoQ Health ni juga bagus untuk kesihatan mental... means, sakit kepala, migrain, loya2 dan muntah bagus la sgt amik CoQ Health ni... Set Migrain Shaklee sebelum ada CoQ Health ni ialah B Complex dan Ostematrix... so lepas ni saper yang ader Migrain, sakit kepala... boleh combine CoQ Health ni dengan Set Migrain yang ada atau cukup kot amik CoQ Health ajer..!

Dan bonus yang Miza dapat sejak amik CoQ Health ni.. ramai yang tegur muka Miza nampak glowing, flawless.... tak percaya tanya customer yang COD barang dengan Miza... hahaha kembang jap mak jemah!!!

Mana tak nya.. bahan utama dalam CoQ Health ni ialah CoQ10, Vitamin E dan Teh Hijau... so selain jaga jantung, bagus sgt utk kesuburan lelaki, kulit yang cantik, awet muda, sunblock semulajadi, jaga berat badan dll...!


Sebiji sehari je... mudahkan! All in one gitu...

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Tuesday, 25 February 2014

Testimoni Collagen Powder Shaklee

Testimoni ni dari customer Miza... dia ader antar msg kat Whatsapp tapi cari tk jumpa lak.. dh jumpa nanti Miza tempek kt sini ye... sbb dia teruja sgt dgn hasil berCollagen Shaklee ni... dia post kt Instagram lak... what a happy customer kan..?? ehehehe...

Customer saya ni memang consumer ESP... pastu sempena offer Collagen Powder Shaklee ritu.. dia tak lepaskan peluang... dia baru cuba Collagen Powder Shaklee tak abis lagi pun sekotak.. kulit muka rasa lebih lembut dan halus... tu yang dia happy sangat tu...!

Dari dok try macam2 produk kolagen di pasaran yang silap2 boleh bikin badan naik macam dipam2 tu, haha... meh try Collagen Powder Shaklee ni... gerenti puas hati... ;))

Miza sendiri pun dh try.. mmg lembut je rasa kulit muka... tumit kaki pun lembut je x kasar mcm slalu...



BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Sunday, 23 February 2014

Wajib ambil lepas lunch!

Hari ni anak sulung Miza yang duduk asrama tu outing.. tapi tak pegi mana2... bawak dia balik lepak kat umah je hehehe.. mentang2 umah x jauh sgt...

So miza masak peberet dia (dan peberet miza jugak!)... iaitu spagetti bolognaise... tapi entri ni bkn nak share resipi tau... haha... nk citer apa rutin Miza lps lunch... nk2 lagi klu dah lepas belasah 2 pinggan spagetti... errrrkkkk pengsan!

Lepas lunch Miza akan amik 3 biji Lecithin dan 3 biji Peppermint Ginger Plus... lepas tu shake lak Cinch Energy Teamix dengan madu... Minum smpi ke titisan terakhir.. haha slurpppp sodappp...!!!


Tujuannya utk tak bagi can kpd lemak2 tak baik berkumpul dalam badan... pastu buang angin gak dalam badan ni... dan mengurangkan asid gastrik yg selalu buat kita sendawa rasa 'masam2 pedas' tu... yg plg best... melancarkan proses pembuangan ekekeke...

Miza suka minum Cinch Teamix lps lunch sbb lps mkn mesti rasa kenyang dan mengantuk mcm nk melingkaq org utara kata... haha.. so nti bdn rs bertenaga dan lebih fokus... bantu tingkatkan metabolisma jugak utk bakar lemak dgn lbh pesat lagi...

Sapa2 yg ada amik produk Shaklee mcm yang Miza amik ni... jgn culas tau (peringatan utk diri sendiri gak ni hihi..) Kalau konsisten... barula nmpk hasil... kita je yg blh tlg diri kita kan.. bkn org lain... :)))
XOXO...!!!


BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Shaker oh shaker Shaklee ku...!!!

Shaker Shaklee ni... seingat Miza, sejak Miza buat biz Shaklee mulai Mei 2013... dah 2x kot dijual dan tak sampai berapa hari di pasaran, dah habis... memang terlajak laris kata org!! Dalam masa tak der stok 1 Msia tu.. ramai pulak yang cari... apa la yg best sgt dgn shaker ni kan? Hahaha...


Kira Miza buat review la ni kan uhik3.. Shaker ni boleh masuk sampai 400ml air... besar tu kan... pastu yg best lagi.. dalam shaker ni ada gegelung besi.. so bila kita shake minuman dalam ni.. terlarut habis.. tak der ketul2... pastu ader muncung kat tudung shaker.. so tak yah la nak bukak2 tudung shaker, meleleh2... comot lak lepas shake...

Best kan... harga RM10 je (tak termasuk pos).. bagi Miza memang berbaloi sebab tahan lasak... miza mmg guna hari2 tapi masih kekal cantik dan elok keadaannya... shake lah air aper pun... x der kesan bau atau karat kat shaker (hari2 Miza shake Cinch Energy Teamix uollss..!!)

Saper yang berminat kena la act fast ye... kejap je abis lagi shaker ni kang...

XOXO...!!!


BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Thursday, 20 February 2014

Performance Drink - Bukan Sekadar Air Oren Biasa!!

Sekarang ni musim panas kan...? Tekak pun rasa kering je... tengah cuaca macam ni, sebolehnya nak elak je aktiviti kat luar rumah... tapi kalau dah terpaksa nak buat macam mana kan... cuma kalau boleh tu minimizekan.. nak nak yang ada anak kecik (macam Miza ni kan hehehe).. cuaca yang panas dan tak menentu ni boleh menyebabkan kanak2 mudah dijangkiti macam2 penyakit... tak tahan kalau tengok anak2 sakit melepek je...

Cakap pasal cuaca panas.. paling best kalau dapat teguk air yang sejuk kan..? perghh.. mengalir di tekak tu rasa sejukkk je... kat umah Miza yang wajib ada sekarang ni... Performance Drink Shaklee tentunya... Meh nak share info Performance Drink ni... 


Performance Drink Shaklee ni ialah minuman elektrolit yang terbukti secara klinikal, melalui rumusan eksklusif 'OptiCarb' yang sudah dipatenkan berupaya meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh.  Kalau nak dibandingkan dengan minuman sukan yang lain, Performance Drink ni mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

FUNGSI UTAMA PERFORMANCE DRINK

Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

Membekal Tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal
Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh.  Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride.  Performance Drink turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

Mencegah Penyahhidratan
Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.

Mengekalkan Paras Gula
Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan penyembuhan akibat kecederaan otot.

Performance Drink ni sangatlah sesuai untuk:
~ Para atlet
~ Mereka yang berpuasa
~ Sebelum dan selepas menjalani pembedahan
~ Tidur lewat malam
~ Keletihan
~ Penyahhidratan otot dan kulit
~ Vagina yang kering
~ Cirit birit
~ Tiada selera makan
~ Rendah paras gula
~ Kepeningan dsb

Pendek kata... sapa yg dah start ganti puasa ataupun nak puasa sunat, ibu hamil yang loya, muntah2, tak lalu makan, yang buat workout untuk kuruskan badan dsb highly recommend lah Performance Drink ni... :))

Anak saya Ain pun saya bekalkan Performance Drink ni ke sekolah.. sebab dia balik rumah lepas KAFA dalam pukul 5.30 petang macam tu.. kalau tidak, sampai umah jer, melepek keletihan... sejak bagi Performance Drink ni, alhamdulillah, ceria je bila sampai umah.. mama pun tk spoil mood sambut dia balik.. haha...

Nak minum Performance Drink ni shake dia ajer dgn air sejuk pun boleh (ritu saya buat ais krim Malaysia Performance Drink kat umah.. laku keras...! hahaha)... ataupun shake dgn ESP dan Mealshake a.k.a Set Mighty Gems pun sodap... rasa ala2 Vitagen gitu..

XOXO...!!! 

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Monday, 17 February 2014

Kalori Tersembunyi - antara fakta dan auta...??


Hari ni Miza nak share pasal kalori yang tersembunyi dalam makanan yang kita selalu ambil, kununnya sihat ataupun 'alah, amik sikit je...' tu... lepas baca ni... nak makan pun rasa takut kot? ekekeke... credit to Master Herny Hafiz... :))

KALORI TERSEMBUNYI : FAKTA ATAU AUTA?


1 – Sup




Kepercayaan dulu-dulu : Makanan berasaskan sup ini bagus untuk kesihatan, malah mampu menurunkan berat badan. Alah, nama pun sup, apalah yang ada dalam sesebuah sup?



Fakta : Bukan semua sup mengandungi rendah kalori. Sup berasaskan binatang empat kaki (sup daging, sup kambing, sup ekor) mengandungi kalori yang tinggi daripada lemak tepu binatang. Kalori daripada lemak tepu ini tidak menyihatkan, meskipun anda berniat untuk menaikkan berat badan.



2 – Burger




Kepercayaan dulu-dulu : Jangan makan nasi, kerana nasi menggemukkan. Beralihlah kepada benda lain untuk makan malam, seperti burger ke. Tak pe, jangan risau, asalkan bukan nasi, awak tak gemuk punya!



Fakta : Tak nak sentuh jauh-jauh, cukuplah fokus kepada daging burger itu sahaja, ok? Sekeping daging burger (lembu) jenama Ramly mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Kebanyakan kalori tersembunyi daripada daging burger ini datang daripada lemak tepu (lemak sapi), iaitu kira-kira sebanyak 14g untuk sekeping patty. Kebiasaannya daging burger ini digoreng menggunakan mentega/planta (mentega yang murah juga mengandungi lemak tepu), sekiranya dibeli di luar. Itu belum dicampur dengan mayonis, sos, keju, dan bun burger tu lagi, yang sesetengahnya juga dimasak dan disapu mentega.



3 – Yong Tau Foo




Kepercayaan dulu-dulu : (Sekali lagi) Asalkan awak tak makan nasi untuk makan malam, awak boleh kurus punya. Makan sesuatu yang rebus-rebus seperti Yong Tau Foo ke, dah cukup…



Fakta : Kalori tersembunyi Yong Tau Foo terletak pada kuahnya; tinggi kandungan gula, dan juga mengandungi minyak (namun ini bergantung kepada resepi yang digunakan si penjual). Bayangkan anda menuang sebotol sos cili ke atas sehidangan tauhu rebus, rasa-rasanya berani tak nak menghirup kuah Yong Tau Foo tu? Aku pernah lihat ada individu yang menghirup kuah Yong Tau Foo apabila tauhu-tauhu dan bebola yang lain sudah habis (ini kes Yong Tau Foo kuah banjir).



4 – Twisties (Snek ringan)




Kepercayaan dulu-dulu : Berapa la sangat, setakat satu pek besar Twisties. Dah la tak mengenyangkan, makan sambil tonton TV, sedar-sedar dah habis. Benda kecil je tu. Tak perlu risaulah kawan!



Fakta : Sebungkus pek besar Twisties mengandungi kira-kira 490kcal (suku daripada jumlah kalori purata yang kita perlukan dalam sehari). Dan siapa sangka, separuh daripada nilai kalori tersebut berasal daripada lemak! Oh ya, perumpamaan mudah, disebabkan satu pek besar Twisties mengandungi kira-kira 20g lemak, jumlah tersebut sebenarnya bersamaan dengan kira-kira 2 sudu besar minyak masak. Maka secara teorinya menghabiskan sebungkus besar pek Twisties adalah bersamaan dengan menghirup 2 sudu besar minyak masak. Tak percaya? Terpulanglah.



5 – Capati



Kepercayaan dulu-dulu : Kalau nak sihat ketika makan di kedai mamak, silalah makan capati, kerana capati ni kurang berminyak. Jangan makan roti canai, kerana roti canai banyak minyak. Tak percaya? Tengoklah yang kilau-kilau pada permukaan roti canai tu.



Fakta : Mesti ramai yang tak tahu. Tapi capati sebenarnya adalah ‘pembohongan’ paling berjaya oleh pemilik kedai mamak kepada mereka yang meluahkan kata-kata di atas. Ya, capati sememangnya mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah capati menggunakan minyak sapi (lemak tepu) di samping mentega, dan di situlah terletaknya kalori tersembunyi yang ramai mungkin tidak mengetahuinya. Untuk pengetahuan semua, sekeping capati (100g) mengandungi jumlah kalori yang hampir sama sahaja dengan sekeping roti canai (100g), iaitu 300kcal.



Nota Kaki : Pendedahan ini tidak bermaksud makanan-makanan di atas tidak boleh dinikmati langsung. Tujuan penulisan ini hanyalah sekadar untuk menyedarkan kita bersama akan ‘helah’ yang terdapat dalam makanan-makanan yang popular di negara kita, agar kita lebih berwaspada dalam memilih makanan, dan juga menentukan berapa banyak dan berapa kerap makanan tersebut harus diambil.

Huhuhu... ngeri kot fakta yang Twisties tu.. bygkan kita hirup 2 sudu minyak masak... errrkkkk tak sanggup cek..!

So kawan2 yang dok berazam nak turunkan berat badan tu (termasuklah Miza hehehe)... kena take note fakta-fakta macam ni... antara yang patut dikurangkan dalam pemakanan kita, makanan berminyak, makanan bergoreng, karbohidrat dan gula....

Sampai jumpa lagi, XOXO..!!!

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Thursday, 13 February 2014

Pizza Paling Senang Di Dunia...!

Semalam punya cerita da... ingat nak menjala lagi sebab anak2 request nak mkn roti jala lagi.. sekali tgk2 kari ayam dah tunjuk simptom nak basi.. huhuhu... Miza terlupa nak panaskan pagi tu... (titik tangan kang baru tau!) Sib baik tinggal ubi ngan terung je.. ayam dh licin...

So menu minum petang ditukarkan kepada... Pizza Paling Senang di Dunia..! Amboi awat nama dia lagu tu... haha.. sebab memang senang banget nak bikin pizza ni... budak sekolah pun blh buat tapi kena jaga2 masa nak masuk dan keluarkan pizza dari oven... panas seh..!

Kan Miza ni 'rajin' orangnya... nak buat yang senang2, cepat2 je.. ekekeke... Miza guna pastry Kawanku tu... potong kecil2 sebab oven Miza comey je... lagipun best gak, lagi senang nak ngap! Sapu dengan sos spagetti Kimball, susun sosej yang dipotong bulat, tabur keju parut... bakar... siap...!!! Ni lah hasilnya... macam hebat a.k.a terror sgt mak jemah khennn...


Guna Flexi Pastry Wrap n' Rolls Kawanku (plain) kali ni memang sedap, garing....! Kalau tk ada, boleh jer ganti dengan roti Gardenia biasa tu... Miza dah try.. semua pun sedap... hehehe..

Pada mommies yang 'rajin' macam Miza boleh la try pizza paling senang di dunia ni.. tak yah susah2 nak oder pizza online lagi dah.. topping tu leh tukar ikut selera masing2.. kdg2 Miza letak tuna mayonis dalam tin tu... kunun macam Island Supreme lah heehehe...

Dan yang paling hepi sebab dapat minum petang rileks2 dengan anak2.. best thing ever.. :))

XOXO...!

Wednesday, 12 February 2014

Roti Jala Yang Mudah!

Menu semalam kari ayam... kat umah ni kalau masak kurma ayam ke, ayam masak lemak cili api ke alamatnya Miza sorang le yang makan... yang lain tu makan tapi tak seghairah (mak oii ayat) kalau masak kari ayam.. berulang2 depa ulang makan!  Dalam seminggu mesti ada menu kari ayam sekali...  ni dah berapa kali masak kari ayam, ingat nak buatlah roti jala tapi disebabkan ada yang suka ulang makan.. sampai tak sempat la nak buat roti jala... hihihi...

Tapi semalam kari ayam slow sikit sebab Ain dah start sekolah.. dia stay kat sekolah sampai petang... hihihi so dapatlah mama 'menjala'... kali ni buat kaler kuning merah... ada kawan tanya, tema Gong Xi Fa Cai ke? hahaha... haah ek tk pasan pulak.. ada pulak yg kata, dh macam kaler bendera Selangor... ekekeke macam2 la depa ni...

Ni nak tayang hasil menjala semalam...


Tapi dapat tak banyak pulak adunan kali ni sebab muncung botol tu buat perangai.. dh lama tk menjala, merajuk kot... ekekeke... bila picit kt kuali, adunan keluar tk straight... dah lama2 menjala baru ok sikit, elok le adunan pun dah tinggal sikit...

Pada yang nak try.. ni Miza nak share resipi... sori sgt2 tk ingat salin resipi ni dari blog mana... masa tu salin kt buku nota.. minta halal ye tuan punya resipi...



ROTI JALA MUDAH

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air (1 cawan air + 1 cawan susu segar)
1 biji telur
1 sudu kecil garam halus
pewarna kuning (Miza guna 1/4 sudu kecil utk setiap warna)

Cara-cara
1. Blendkan kesemua bahan, kemudian perapkan selama 1/2 jam.
2. Sapu minyak sikit je pada kuali yang non stik tu... silakan menjala... lipat ikut kreativiti masing2 hehehe...

Miza guna botol ni... beli kt kedai DIY murah je.. ritu kat Mydin pun nampak ader jual...


Boleh lipat menyerong ke, straight ke... ikut kreativiti masing2... ni gambar lama.. masa ni buat kaler ijau kuning... kaler biru pun Miza penah buat... ada kawan2 yang komen tk sanggup nak makan! hahaha...


Ni kari ayam ada lagi kat umah ni.. kalau rajin, kita menjala lagi.. kalau tidak... tunggu berapa bulan lagi pulak..! (tepuk dahi!!) hehehe... tapi memang gumbira sgt bila apa yang kita masak anak2 suka makan... biar pun ringkas, simple je... tapi air tangan ibu tu yang penting kan...!

Nanti kita sembang lagi.. XOXO!!

Tuesday, 11 February 2014

BFF Ku Dah Kurus Dengan Shaklee...!

Assalamualaikum WBR...!!

Hehehe.. lamanya nak siapkan entry pasal testimoni BFF Miza tu kan (refer entry ni...) sebenarnya Miza tengah cari gambar dengan dia masa zaman belajar kt Politeknik dulu.. tapi tak jumpa2... gambar yang kitaorg amik masa last jumpa tahun 2008 dulu pun x jumpa juga... huhuhu sadis... almaklumla, masa tu amik gambar kan guna filem.. lepas cuci, kalau negatif filem tu hilang... kirim salam la jawabnya...

Oklah.. back to topic... BFF Miza ni nama dia Akmal Janah... Sweet and steady orangnya... Dari zaman belajar dlu memang agak chubby... Chubby tapi comel ok...!! Satu yang Miza kagum sgt dgn Akmal, her self esteem very high.. tk amik port apa org nak ckp pasal dia... lumrah manusia la kan.. suka kutuk kelemahan orang lain... dari zaman belajar, masuk ke alam pekerjaan, kahwin, beranak pinak, maintain jer dengan ke'chubby'annya...

Sampailah satu hari yang hening tu (hening sangat!)... Akmal Whatsapp Miza... masa tu Miza kat luar dgn en.somi... tak sempat Miza nk reply, terus dia call... urgent bebeno la tu ye dear!  Dia kata nk Set Kurus Shaklee... tak nyabo2 lagi dah... so Miza cadangkan pada dia untuk amik Alfalfa Complex, Lecithin, Omega Guard dan Cinch Energy Tea Mix... Masa tu bulan September 2013.. Pastu dek kesibukan masing2 (sibuk kalah bapak menteri kitaorg ni kih3).. tenggelam timbul je kitaorg.. hehe.. tapi Akmal ada cakap, di samping produk Shaklee, dia tengah nak abiskan jamu yang dah beli sebelum tu... 

Tetiba bulan November 2013... Akmal Whatsapp Miza lagi... dia update yang berat badannya dah turun dari 98 kg ke 87 kg..!  Terkejut jugaklah Miza... rasa macam tak percaya pun ada... sebab dalam masa sebelum tu tk der la dia update any progress sgt pun... dia kata... masa mula2 ambil Set Kurus Shaklee bulan September tu.. dia tak amik betul2... kan dengan amik jamu lagi... tapi start Oktober 2013 baru dia mula konsisten, dan amik produk Shaklee semata2.. bulan tu jugak dia tambah CoQ Health dalam Set Kurus dia ni... jangan tak tahu, antara kandungan CoQ Health ialah Green Tea yang terbukti berkesan dalam membantu penurunan berat badan...!

Selepas dia hantar gambar sebelum dan selepasnya... ada rasa yang tak dapat digambarkan... sebagai seorang SID, Miza rasa terharu sangat dapat membantu Akmal menurunkan berat badan.. dan sebagai seorang sahabat, Miza rasa terharu dan kagum dengan kesungguhan Akmal... yes dear, i'm so proud of u!!! Sebab kalau dia tak konsisten, dan tanpa kesungguhan.. tak mungkin akan dapat menurunkan berat badan dalam masa beberapa bulan saja kan.. dan yang penting, dengan sihat dan selamat..! Selain berat badan dah kurang.. dia kata badan pun rasa lebih sihat, segar pastu tak letih lesu...

Tengoklah ni... kemain lagi makcik ni.. sejak dah selim melim.. asyik selfie je... pastu buat collage Whatsapp kat Miza.. hehehe... yang latest ritu, dia update... berat dia dah turun lagi, jadi 85kg...! Baju kurung moden sampai kena alter sebab besar... beli baju lak sampai kena pegi tukar balik sebab saiz dah smaller...



Rasa seronok dan teruja tiap kali dia update pasal berat badan dia, kegembiraan dia sejak berShaklee ni... secara tak langsung, BFF Miza ni dah buktikan... dengan pengambilan yang konsisten, memang boleh kurus dengan hasil yang superb..! 

Ni nak membebel... dalam gembira2 ni.. kadang2 ada gak yang menguji kesabaran kan... hehehe... bila ada customer yang komplen, tak kurus pun amik Shaklee ni... baru amik seminggu cik kak.. tak sampai sebulan... memanglah tak nampak kesan mendadak macam sesetengah produk yang claim turun berat badan sampai berkilo2 dalam sebulan tu! Bila tanya2 balik, cara makan macam mana, amik suplemen macam mana, minum air banyak mana... hurmmm.. kantoii... amik suplemen main2.. kejap amik kejap tak amik.. astu air kosong minum time makan je (time makan pun bedal air yang manis2...!), makan lak belasah tak hengat (dengan Shaklee memang tak perlu sekat makan ok, tapi kalau nak kesan yang lebih cepat dan baik, kawal le sukatan makanan yang diambil ye).. abih tu camno... bila tanya lagi... takkan tak rasa apa2 sejak berShaklee ni... baru la dia bgtau.. "haah, ada la rasa badan lebih ringan, segar je.. tak letih... pembuangan pun lancorrr... badan pun ada shape sikit..." sebab dia fokus pada berapa kg yang turun, so kesan positif yang lain dia tak pasan...

Miza tak nak la overclaim kan... tapi saper yang nak kurus dan sihat dalam masa yang sama.. Shaklee memang pilihan yang terbaik...! Tapi kalau korang yang nak kurus dalam masa yang singkat, dan tak kisah produk tu beri kesan tak baik pada kesihatan, pada badan korang, Shaklee bukan pilihan terbaik utk korang...

Haha kan dah panjang membebel mak jemah... ok, pilihan di tangan korang.. nk kurus yang macam mana kan... kalau ati dah berkenan nak kurus dengan Shaklee.. bolehlah contact Miza yea... 

XOXO...!

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Punca Jerawat di Muka dan Badan

Minggu lepas Miza up kan dos Alfalfa.. sebelum ni Miza amik 5 bijik je sehari.. tapi skrg dh up ke 10 bijik... so harus la healing krisis (HC) kan... HC yang paling ketara... keluar jerawat kat hidung dan dagu... uwaaa nanishhh... nak selfie pun rasa tk best hihihi... tapi nak sihat, nak cantik punya pasal, kena la sabar kan...

So, disebabkan muka Miza naik jerawat.. Miza terpanggil untuk share info pasal jerawat hari ni... kih kih kih.. aci tak? Aci kat India la Upin Ipin kata... haha..

Kalau pasal bab2 kulit ni.. bagi Miza, info2 di blog Dr Hasseenah ni sangatlah membantu... Jom tengok info pasal jerawat ni... Credit utk Dr... :))


APAKAH JERAWAT?

Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita, dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.

Kenali Punca-punca Jerawat

Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Berikut diterangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

Hormon dan Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.

Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

Bakteria dan Jerawat

Bakteria yang dikenali dengan nama 'Propionibacterium acnes' pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai 'Propionibacterium acnes' yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

Pemakanan dan Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

Stress dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

Alat Solek Dan Jerawat

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

Matahari Dan Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

Pakaian Dan Jerawat

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belenggu jerawat.

Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. 


Tu dia punca-punca jerawat... yang mana yang terkena dengan diri kita...? Haha... Ok kesimpulannya... nak elakkan jerawat ni, yang penting... jaga kebersihan.. jangan malas mandi, malas cuci muka, jaga pemakanan, jaga kesihatan mental - tak mau stress2, pilih pakaian yang tak terlalu tebal, pilih produk penjagaan kulit yang betul, kalau guna sunblock ke moisturizer tu pilih la yang ringan supaya pori/liang muka tak tersumbat...

Kalau kulit muka terjaga, licin halus dan tak ada jerawat, sekaligus self esteem pun meningkat kan.. nak jumpa orang pun tak rasa segan, malah yakin je... lagi2 kalau kerja kita memerlukan kita berjumpa orang selalu... lagilah kena bagi perhatian... 

Okay.. nanti Miza akan share lagi info pasal jerawat ni... tungggguuu....!!!

XOXO!

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Monday, 10 February 2014

Kembali Ke Sekolah...!!!

Assalamualaikum wbr..!! (wah tengah semangat nak update blog ala2 Dian Istanbul Aku Datang ni... hahahaha)


Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya, hari ni anak kedua Miza, Nur Ain Qistina a.k.a Ain dah kembali ke sekolah, setelah cuti sakit sejak Oktober 2013 yang lalu... Ain ditimpa kemalangan pada 3 Oktober 2013 semasa dalam perjalanan balik dari kelas KAFA. Akibat daripada kemalangan tu, kaki Ain patah.. hasil x-ray yang doktor bagi tengok, ada 2 tulang yang patah iaitu tulang kecil dan tulang besar... ambil masa nk recover sebab tulang tu di pergelangan kaki, yang mana tulang tu penting untuk menampung berat badan..

Sebab dia dah lama tak pergi sekolah, pastu kelas dia pulak di tingkat 3, jauh nak menapak nak naik tangga tu...! Mama dia pulak yang risau lebey2 hehehe... pesan macam2 sampai Ain pulak meleleh... mama bukan apa... takut kawan2 tertolak ke apa kan.. kalau depan mata kita senang la nak monitor..

Lega rasanya bila dia balik sekolah tadi, terus Miza tanya ok ke.. dia jawab ok.. cumanya... banyak kerja sekolah nak kena cover balik... hehehe... tak per la, yang penting Ain dah boleh kembali ke sekolah dan belajar macam biasa... itu yang penting... harap2nya Ain dipermudahkan untuk catch up balik semua silibus yang tertinggal ritu...

Syukur3... terima kasih kepada semua keluarga dan kawan2 yang mendoakan dan memberi sokongan... sayang semua ketat2..

XOXO... hihik..!

Saturday, 1 February 2014

Apa Ada Dalam Vita-Lea Shaklee?

Hari tu Miza dh cerita pasal kelebihan dan fungsi Vita-Lea Shaklee di entry ni kan... so kali ni nak share apa yang terkandung dalam Vita-Lea Shaklee pulak yang membuatkan vitamin yang satu ni menjadi kegemaran customers Miza dan Miza sendiri...


Vitamin A
Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
Vitamin D
Memperkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
Vitamin E
Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, arthritis, baik untuk system produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
Vitamin C
Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, mempercepatkan penyembuhan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
Asid folik
Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit.
Vita B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, memperkasakan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
Vita B2
Menukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
Vita B3
Menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
Vita B6
Metabolisma protin, memperbaiki otot, senggugut, penenang, tenaga, mengelakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia.
Vita B12
Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, membantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
Biotin
Bantu B-Kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
Vita B5
Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, arthritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
Kalsium
Memperkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/penyakit tulang lembut.
Fosforus
Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat arthritis, anoreksia.
Iodin
Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
Zat Besi
Membentuk haemoglobin, meredakan sakit akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
Magnesium
Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan system saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
Copper
Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.
Zink
Memperkasakan system imun, mempercepat penyembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

Banyaknya khasiat yang terkandung dalam Vita-Lea ni.. patutlah kebanyakan customer Miza bagi feedback yang dorang rasa lebih segar dan bertenaga sejak amik VitaLea... dan patutlah en.somi Miza tu suka sangat dengan Vita-Lea ni.. hihihi... pengalaman Miza sendiri amik Vita-Lea ni masa mengandung dulu, HB serta kandungan gula dalam darah cantik jer, badan pun segar bertenaga walaupun selalu balik kerja lewat...

Sebotol ada 120 biji, so tahan sampai 4 bulan sebab sehari amik sebijik je... Harga pun mampu milik... Satu rumah pun boleh consume... tapi taklah tahan sampai 4 bulan kalau satu umah ada ramai org... hehehe..

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG