"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, 10 February 2014

Kembali Ke Sekolah...!!!

Assalamualaikum wbr..!! (wah tengah semangat nak update blog ala2 Dian Istanbul Aku Datang ni... hahahaha)


Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya, hari ni anak kedua Miza, Nur Ain Qistina a.k.a Ain dah kembali ke sekolah, setelah cuti sakit sejak Oktober 2013 yang lalu... Ain ditimpa kemalangan pada 3 Oktober 2013 semasa dalam perjalanan balik dari kelas KAFA. Akibat daripada kemalangan tu, kaki Ain patah.. hasil x-ray yang doktor bagi tengok, ada 2 tulang yang patah iaitu tulang kecil dan tulang besar... ambil masa nk recover sebab tulang tu di pergelangan kaki, yang mana tulang tu penting untuk menampung berat badan..

Sebab dia dah lama tak pergi sekolah, pastu kelas dia pulak di tingkat 3, jauh nak menapak nak naik tangga tu...! Mama dia pulak yang risau lebey2 hehehe... pesan macam2 sampai Ain pulak meleleh... mama bukan apa... takut kawan2 tertolak ke apa kan.. kalau depan mata kita senang la nak monitor..

Lega rasanya bila dia balik sekolah tadi, terus Miza tanya ok ke.. dia jawab ok.. cumanya... banyak kerja sekolah nak kena cover balik... hehehe... tak per la, yang penting Ain dah boleh kembali ke sekolah dan belajar macam biasa... itu yang penting... harap2nya Ain dipermudahkan untuk catch up balik semua silibus yang tertinggal ritu...

Syukur3... terima kasih kepada semua keluarga dan kawan2 yang mendoakan dan memberi sokongan... sayang semua ketat2..

XOXO... hihik..!

No comments:

Post a Comment