"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, 22 March 2014

Shaklee Vitamin Semulajadi BUKAN Vitamin Sintetik!!

Amboiii... garangnya tajuk entri... hehehe... kunun ayat penegasan gitu..!  Sebab masih ramai sebenarnya yang tak tahu perbezaan antara vitamin semulajadi dengan vitamin sintetik... Shaklee ni vitamin semulajadi tau, bukan sintetik.  Kalau tak percaya, bukti yang paling jelas... korang yang consume Shaklee pernah tak jumpa silica gel dalam botol suplemen Shaklee..? Silica gel tu apa..? Hah ni dia..


Gambar ni bukan ehsan pakcik Google tau... tapi Miza snap sendiri, dapat dari satu suplemen yang en.somi beli... suplemen apa tak yah lah ckp kan.. tujuan post ni bukan nak condemn mana2 produk ya... masa jumpa silica gel ni dalam botol suplemen tu, terus teringat kat satu nota yang Miza baca pasal perbezaan antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik... tu yg dpt idea nak share ni... hehehe...

Ok back to the topic... silica gel ni adalah sejenis bahan yang digunakan untuk menyerap lembapan.  Alah... takkan korang tak perasan masa beli kasut atau beg tangan yang branded2 tu... kan ada silica gel ni... Fungsinya dalam kotak kasut/beg tangan tu untuk mengelakkan kasut/beg tangan mahal korang tu ditumbuhi kulat sekiranya persekitaran kat dalam kotak tu menjadi lembap.

Apa lak fungsi silica gel ni kalau ada dalam sesetengah botol vitamin dan mineral? Ni yang nak cerita ni... Vitamin yang dibuat dari bahan sintetik mempunyai kecenderungan untuk bertindak balas dengan kelembapan.  Sebab tu kalau dibiarkan berada dalam udara (udara kan ada wap air), nanti vitamin tu bertukar menjadi warna hitam.

Vitamin semulajadi tak perlu silica gel sebab ia tidak bertindak balas dengan wap air di udara untuk menjadi satu bahan yang lain.  Sebab tulah korang tak pernah jumpa silica gel dalam botol suplemen Shaklee korang.. sebab Shaklee vitamin semulajadi, bukan sintetik...!

Satu lagi kan... vitamin yang asli dan semulajadi tak perlu bahan-bahan tiruan samada untuk 'coating' atau memberi rasa yang 'sedap' atau warna yang menarik.  Penggunaan bahan tiruan ni tujuannya nak kurangkan kos pengeluaran, tapi pada masa yang sama bagi kesan yang tak elok kepada pengguna. 

Jadi pastikanlah pil/tablet/kaplet vitamin/mineral yang korang nak ambil menggunakan bahan-bahan asli.  Kalau baunya busuk, itu adalah petanda ia vitamin yang bagus. Contohnya vitamin Shaklee... ada customer yang kata B Complex bau busuk, Vitamin C lak rasa masam... (tapi ok je dgn tekak Miza... semua telan...) sebab apa..? Sebab Shaklee tk der nk guna bahan utk buatkan vitamin Shaklee rasa sedap atau bau wangi... sebab vitamin Shaklee adalah VITAMIN SEMULAJADI...!

Okay.. panjang pulak Miza membebel... bukan apa, cuma nak bagi kesedaran umum bahawa bukan semua vitamin tu sama ye... nilaikan sendiri.. biar berbaloi dengan apa yang kita spend..

Kalau nak SHAKLEE VITAMIN SEMULAJADI... bolehlah hubungi,

Miza Ahmad
ID 913363
SMS.Whatsapp.WeChat.Telegram 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee COD Bayan Lepas, Sungai Ara, Teluk Kumbar, Gelugor, Pulau Pinang

XOXO...!!

Friday, 21 March 2014

Hilangkan Parut Jerawat dengan ESP, Vitamin E dan Alfalfa Shaklee...!!


Testimoni bergambar ni bkn Miza tau.. tp pengguna Shaklee yang dah berjaya dapat kulit yang cantik flawless dgn ESP, Vit E dan Alfalfa... terbukti berkesan kan..!

Dulu2... Muka Miza pun macam Puan Ema ni... jerawat setompok2 kt pipi ngan dagu... kalau keluar kt tempat panas, makin merah lak jerawat tu... parut pun sama naik merahnya... masa tu, Miza suka tukar2 produk skincare... pantang dgr org citer produk skincare yg bagus je Miza pun sibuk nk try.. sbb masa tu memang rasa stress je... macam desperate sgt nak cepat2 je nyahkan semua tu dari muka. Nak2 bila ada mulut2 yang tak insurans suka kutuk2.... plg tk leh terima bila ader sorang hamba Allah tu kata, org yang ada jerawat kat muka ni sebenarnya orang yang tak pandai jaga kebersihan, dalam bahasa kasarnya PENGOTOR... siyes sentap mak nok...!

Masa pregnant kat Yaya, Miza memang dah amik ESP... tapi setong tu punyalah lambatnya habis sebab Miza amik ikut suka Miza je... hehehe... tapi sejak amik ESP secara konsisten mulai Mei 2012, bila jumpa kawan2 yang dah lama tk jumpa... ramai yg tegur muka Miza nampak flawless dan glowing gitu... (jgn muntah ijau dgn statement perasan tapi benar ni, hahaha)... syukur sgt2..! mulai bulan Mac ni lak, Miza baru start amik Vitamin E.. yelah... sejak kes letupan minyak kopok lekor beberapa minggu yang lepas..! dpt beberapa parut comel kt muka dan tangan.. huhu.. Alfalfa lak memang dh lama Miza consume...

Adik2 dan kakak2 manis... raya dah nak dekat kan... tak nak ke cun melecun di pagi raya..? takkan syik nk snap gambar dgn Camera 360 je... tk real lahh.... haaa... sempat lagi ni... 

Hermm... kalau anda memang consumer Shaklee tapi lom jadi ahli lagi... alang2 memang dok consume Shaklee kan.. baik jadi ahli terus, lepas ni dah boleh beli dgn harga ahli, save sehingga 20% dari retail price tau.. kalau layak, dapat bonus/cash back lagi... betul tak... 

Nak tahu lebih lanjut, boleh contact...

Miza Ahmad
Pengedar Sah Shaklee ID 913363
SMS.Whatsapp.WeChat.Telegram 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
COD Shaklee di Bayan Lepas, Sungai Ara, Teluk Kumbar, Gelugor, Pulau Pinang

XOXO...!!!

Thursday, 6 March 2014

Set Gastrik Shaklee untuk masalah gastrik, pedih ulu hati

Lately ni banyak pulak dengar kawan2 mengadu sakit sebab gastrik... ada yang preggy, ada yang tak preggy... untuk lebih memahami dan mengetahui pasal gastrik ni... kita mintak tolong la pakcik Google macam biasa... yang penting ilmu harus dicari.. ye tak... jom baca...

APAKAH ITU GASTRIK?

Penyakit gastrik atau gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

PUNCA GASTRIK?

Gastrik selalunya disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan yang tertentu secara BERLEBIHAN. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, STRES EKSTREM dan jangkitan virus tertentu.

TANDA-TANDA GASTRIK?

1. Hilang selera makan
2. Masalah penghadaman makanan, perut meragam
3. Rasa tidak selesa pada perut, memulas tetapi apabila makan semakin sakit.
4. Mual, loya dan muntah.
5. Cirit birit, warna najis berbeza, berwarna hitam
6. Badan terasa lemah dan mudah demam
7. Selalu kembung perut, pedih ulu hati.

KOMPLIKASI GASTRIK?

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.

Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.

Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.

Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.

Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut.

Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Errkkk... takut pulak bila baca sampai abis... boleh jadi penyakit kanser perut... takut tuuuu takuttt....  bistu camno nk buek..? Takkan nak biar melarat... takkan nak terus bergantung pada ubat-ubatan sintetik...???

Hahhhh.. ni dia... baik punya... ekekeke... Suplemen/makanan tambahan Shaklee yang dijamin selamat, berkesan dan semulajadi boleh membantu anda...!!! (macam iklan tv/radio pulak!)  Yang bestnya... set ni juga selamat diambil oleh ibu hamil yang mengalami masalah gastrik... preggy mommies yang morning sickness, tak lalu makan, muntah2 dan loya pun boleh amik set ni... :))



Jom kita baca fungsi eh satu2... :)

ESP
-----
  • Mengurangkan keasidan dalam perut yang disebabkan oleh jus gastrik
  • Sifat alkalinya apabila bercampur dengan asid perut akan mengurangkan hakisan pada dinding perut
  • Zat asid amino dalam ESP membantu membina sel dan tisu baru bagi dinding perut
  • Memberi rasa kenyang yang lebih lama

Peppermint Ginger Plus (PGP)
----------------------------------
  • Pudina yang terdapat dalam PGP mempunyai kesan penenang, membantu dalam penghadaman, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.
  • Halia yang terdapat dalam PGP pula merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin juga ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang).
  • Fennal yang terdapat dalam PGP membantu menghilangkan kembung perut, melegakan sakit perut, melegakan gejala flu, malah membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.
  • Anise dalam PGP membantu melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Ostematrix
-------------
  • Memperbaiki kekejangan, sakit sendi dan artritis
  • Meringankan stres dengan mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang OBESITI di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.

Moh baca apa kata mereka yang dah amik Shaklee untuk gastrik...


 :: alhamdulillah, dapat puasa dengan lebih baik, badan pun bertenaga even menyusu ::


 :: rugi katanya sebab dulu skip2 amik ESP hehehe ::

Bagus kan??? Kalau ati dah berkenan tu.. cepat2 jangan tunggu lagi... kalau bajet terhad ke Miza boleh cadangkan yang mana ikut keperluan.. dun worry, in sha Allah setiap pertanyaan akan dijawab dengan sebaiknya... :))

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD
SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

Kredit :utusan on9