"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, 3 April 2014

8 Tips Badan Pejal dan Seksi - Set Tambah Berat Badan Shaklee..!


Masalah berat badan bukannya setakat overweight dan obesiti je.  Kurang berat badan atau terlalu kurus pun masuk dalam kategori masalah berat badan.  Kena ingat, badan yang terlalu kurus pun berbahaya tau sebab kekurangan gizi dan nutrisi.  Kalau berat badan anda kurang daripada berat badan yang ideal, cepat2 la amik tindakan. Ni Miza nak share tips nk tambah berat badan supaya lebih berisi tapi tetap sihat... zasss...

1. Pengambilan karbohidrat
Karbohidrat yang baik adalah dari buah, sayuran dan gandum.  Jangan lupa mengambil sarapan atau selang-selikan waktu makan dengan snek yang mengandungi sedikit gula.

2. Lemak
Lemak perlu untuk tenaga, menjaga kesihatan kulit rambut dan menaikkan berat badan. Harus diingat, ambillah lemak yang sihat seperti lemak tidak tepu, omega 3 dan omega 6 yang terdapat dalam minyak sayuran.

3. Protein
Badan kita memerlukan protein untuk pembentukan otot, organ dan menjaga fungsi sistem imunisasi badan.  Pilihlah protein sihat seperti ikan, ayam dan kacang-kacangan.  Anda boleh mengambil daging merah tetapi cukup dua kali seminggu.  Elakkan mengambil sosej atau burger.

4. Vitamin
Biasakan diri dengan mengambil beberapa sayuran dan buah dalam sehari.  Pada asasnya semua buah mengandungi semua vitamin. Jadi, makanlah sedikit tapi kerap iaitu 5-6 hidangan buah dan sayur segar sehari.

5.  Mineral
Kalsium, zat besi, fosfur, iodin, natrium, kalium dan florin adalah jenis mineral yang diperlukan badan.  Ia juga berfungsi dalam menjaga kepadatan tulang, gigi, melancarkan pengaliran darah dan sebagainya.  Contohnya, buah, sayuran, susu, keju, kacang-kacangan dan sebagainya.

6. Air Putih
Minuman bersoda, cappuchino dan jus buah memang mengandungi banyak gula dan boleh membuatkan anda cepat gemuk secara tidak sihat.  Paling penting ialah air putih yang boleh membantu melancarkan sistem penghadaman, menjaga kesihatan ginjal dan sebagainya.

7. Senaman
Latihan kardio seperti joging, berjalan cepat dan aerobik boleh membuatkan badan berisi tetapi tidak menggelebeh kerana lemak yang berlebihan.  Lakukan juga rutin latihan angkat beban untuk membentuk dada dan lengan yang padat dan cantik.

8. Jauhi Junk Food!
Hentikan kebiasaan junk food yang anda ambil seperti burger, hot dog, pizza atau daging segera yang dibekukan.  Makanan ini mengandungi lemak tepu dan lemak trans yang mengandungi lemak dan meningkatkan kadar kolesterol.

Kalau anda perasan, nk kurus ke, nak tambah berat badan ke... air putih adalah yang terbaik dan junk food sangatlah tak baik... kan???

Shaklee pun ada suplemen untuk tambah berat badan... meh tengok... (>_<)


B Complex
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

Mealshakes

1. Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh.
3. Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
4. Anti oksidan
5. Membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
6. Detoksifikasi, kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
7. Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.


Vita-Lea

1. Pelengkap nutrisi - setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting
2. Keupayaan sistem produktif
3. Menyediakan asas nutrisi , memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

Jangan risau, produk Shaklee semua dijamin selamat, mesra alam dan halal!!

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD
SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare

COD SHAKLEE : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

No comments:

Post a Comment