"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Saturday, 31 May 2014

Setahun telah berlalu...

Alhamdulillah..
Miza dah selesai closing Mei...

pejam celik pejam celik,
promosi Shaklee tiap bulan silih berganti..
sedar tak sedar..
bulan ni genap setahun Miza buat biz Shaklee...
macam2 kenangan dan pengajaran dikutip
sepanjang perjalanan setahun ini...
juga bertambahnya saudara, kawan, kenalan dan sahabat2 baru..
ukhwah yang terjalin tanpa sempadan...
terima kasih Allah..!!

semoga bulan depan Miza akan closing dengan lebih manis
dan meriah, amin!!!

Sunday, 25 May 2014

Set Cadangan Shaklee Untuk Batu Karang

Miza selalu terfikir untuk buat entri daripada apa yang dialami oleh customer Miza.. kebetulan, sorang customer tu suami dia kena batu karang.. yang sorang lagi kawan Miza, baru je menjalani pembedahan batu karang dalam hempedu.. Kedua-duanya berumur dalam lingkungan 30an hingga 40an... penyakit sekarang ni macam2 kan, dan juga tak mengira umur... 

APAKAH BATU KARANG DALAM GINJAL? 


Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing di mana ianya menjadi bertambah besar. 

Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan gangguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit di mana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 

BATU DALAM GINJAL INI PENYAKIT BIASA KE? 

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. 

Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. 

Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda. 

APAKAH TANDA PENYAKIT BATU KARANG? 

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat/akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. 


Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera. 

BAGAIMANA MENGUBATINYA? 

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini. 

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. 

Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Shaklee juga ada set cadangan untuk penyakit batu karang ni... jom kita tengok..


Alfalfa Complex Mengurangkan infeksi dan inflamasi, mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon/usus dan darah serta menyingkirkan lemak dan kolesterol

B ComplexMenurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang

CarotamaxMenyembuh saluran urinary yang luka oleh batu karang

Lecithin - Membakar lemak berlebihan 

Ostematrix - Magnesium yang terkandung dalam Ostematrix menurunkan oksalat

SR Vita C - Mengasidkan urin.  Batu karang tidak terbentuk dalam urin asid.


Bolehlah cuba set ni... tapi kalau tak nak ambil semua, boleh contact Miza ye.. Miza akan cadangkan ikut bajet anda...

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE?

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SHAKLEE?

RM75 SAHAJA SEUMUR HIDUP 
(TERMASUK KOS POS KIT AHLI TERUS KE DEPAN PINTU RUMAH ANDA!)

Whatsapp.WeChat.Telegram : 
Miza Ahmad, 019-4567 268
Emel : mayya7278@gmail.com


COD SHAKLEE : BAYAN LEPAS, SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, SUNGAI BATU, GELUGOR, PULAU PINANG

Friday, 23 May 2014

Masalah Muka Berminyak..? Jom bermasker Alfalfa Shaklee..

Antara punca muka naik jerawat sebab minyak berlebihan kan?
camne nak kurangkan minyak ni..
takkan nak pegang tisu khas untuk muka berminyak tu 24 jam?
ishhh comot lah berkepit dengan tisu..!!
selain kawal pemakanan, kita juga boleh....
berMASKER..!!


Syaratnya.. kena la ada Alfalfa Complex Shaklee dulu... hehehe

Cara2..
1. Rendam sebiji Alfalfa dalam air (tapi jgn banyak sangat, cukup sekadar nak kembangkan Alfalfa)
2. Bila dah kembang, picit2 bagi sebati air + Alfalfa, sapu ke seluruh muka..
3. Biar kering dan bilas

Nota : boleh pakai masker ni malam sebelum tidur..
esok pagi bilas dan rasakan sendiri kesannya...


Miza dah buat 2 malam..
best sangat...!
Muka nampak lebih cerah, pori2 pun nampak lebih kecil..
boleh kecutkan jerawat,
malah bagus sangat utk yg ada masalah resdung..

Untungkan vitamin Shaklee ni...
makan boleh, buat masker pun boleh..
mahal ke Alfalfa ni?
Botol besar ada 700 biji (bercinta nak abihh) RM97.50
botol kecil ada 330 biji (bercinta jugak nak abih) RM53.75

Nak lagi murah?
Jom la jadi ahli.. RM75 je seumur hidup.. hehehe

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE?

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SHAKLEE?

RM75 SAHAJA SEUMUR HIDUP 
(TERMASUK KOS POS KIT AHLI TERUS KE DEPAN PINTU RUMAH ANDA!)

Whatsapp.WeChat.Telegram : 
Miza Ahmad, 019-4567 268
Emel : mayya7278@gmail.com


COD SHAKLEE : BAYAN LEPAS, SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, SUNGAI BATU, GELUGOR, PULAU PINANG

Saturday, 17 May 2014

Shaker Shaklee In The House...!!!


Alhamdulillah! Yang dinanti dah tiba... hehehe...
dapat gak restock shaker yang best ni...
tapi tak banyaklah... untuk Miza sendiri dah tolak tepi siap2...
nak jugak shaker baru... hehehe...
pastu tolak utk customer2 yang dok tunggu dh lama.. :))

Yang bestnya shaker ni...
boleh muat cecair sampai 400ml,
pastu dgn adanya spring toink2 tu..
apa yg kita shake tk la berketul2...
halusssss sajork..
bila minum, tk comot kt mulut
so sehsuwei la sgt klu nk minum on the go,
shake2 dlm keta kekdahnya...

Saper cepat dia dapat ok..
Harga RM10 satu tak termasuk pos..

Berminat boleh..
Whatsapp Miza, 019-4567 268

XOXO...!!

Wednesday, 14 May 2014

Sakit Selepas Ambil Shaklee???

Ada yang kata... lepas ambil Shaklee jer terus sakit macam2...! Ye ke..? Betul ke sakit?? Sebenarnya... ini adalah proses normal yang dinamakan healing krisis atau krisis pemulihan.


Baca ni...

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen dietary. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak! Ia adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis pemulihan terjadi.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari, walau bagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama - sisa2, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Suplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlaku 1 hingga 2 minggu.

Di waktu jangkamasa krisis pemulihan ini, Miza sarankan sangat2... minumlah banyak air bersih/air kosong, rehat secukupnya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Sabar dan teruskan pengambilan suplemen... berkat kesabaran tu, nanti kita akan dapat hasil yang sangat manis sekali, iaitu nikmat kesihatan... :)))

Miza sendiri mula2 masa start consume Shaklee.. masa tu Miza amik set ibu
mengandung... ada VitaLea, Vit C, B Complex dan Ostematrix... antara yang 
paling Miza ingat, Miza kena selsema.. bayangkanlah masa tu baru di awal kehamilan,
dengan morning sickness, tak lalu makan...
tapi Miza teruskan jer pengambilan... hasilnya kulit Miza lebih cerah (siap ada yang tegur,
kalau orang tak tegur, memang tak pasan lak kulit makin cerah! haha),
lepas bersalin, baby pun kulit cerah, sepanjang kehamilan dalam tak lalu makan pun
tetap kekal bertenaga, balik opis pukul 8 malam pun still boleh buat kerja rumah semua...
kalau Miza stop sebab tak tahan? apa jadi..? hurmmm.. Miza sendirilah yang rugi... sebab tak dapat manfaat dan kebaikan suplemen Shaklee...
betul tak..? rugi lah kalau dah beli suplemen beriya2 tapi sebab tak tahan 
dengan healing crisis terus stop... mana lebih bagus... antara bertahan dengan healing crisis, teruskan pengambilan suplemen, lepas tu kesihatan jauh lebih baik dari sekarang ATAU stop amik suplemen sebab tak tahan dengan healing crisis, pastu kesihatan masih di tahap lama jer.. asyik sakit jer.. asyik update status kat Facebook yang kita ni sakit sana sini, MC lah itu lah inilah...?

Fikir2kan yea....

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE?

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SHAKLEE?

RM75 SAHAJA SEUMUR HIDUP 
(TERMASUK KOS POS KIT AHLI TERUS KE DEPAN PINTU RUMAH ANDA!)

Whatsapp.WeChat.Telegram : 
Miza Ahmad, 019-4567 268
Emel : mayya7278@gmail.com


COD SHAKLEE : BAYAN LEPAS, SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, SUNGAI BATU, GELUGOR, PULAU PINANG

Teh untuk kurus? Cinch Energy Teamix Shaklee jawapannya..!


Miza dan keluarga memang suka sangat makan nasi kandar..
almaklumlah, orang Penanglah katakan... hahaha... dalam seminggu mesti pekena sekali...
paling best kalau makan nasi kandar ni, minum teh o ais... heaven..!

Tapi sekarang ni kalau makan nasi kandar, Miza dah tak order teh o ais.. 
Miza order air suam atau ais kosong je... lepas tu, koyak satu stick Cinch Energy Teamix Shaklee (memang sentiasa ada dalam handbeg!!) tuang ke dalam air tu... jadilah teh o suam atau teh o ais.. tapi tanpa gula... sedap tau sebab tak kelat pun Cinch Energy Teamix ni... nak lagi sedap order la kat mamak tu air limau tanpa gula ke.. pastu add on Cinch Energy Teamix... terangkat habis...!!!

Semalam lepas hantar Yasmin balik asrama, kami tapau nasi kandar jer as dinner...
dah makan di rumah... so bolehlah upgrade sikit peberet drink Miza tu... 
tambah lemon dan madu... jadilah ice lemon tea honey... sedappppp sgt...!!!
seriously, rasa tak cukup lak...!

Apa yang bestnya Cinch Energy Teamix ni??
Dengan kombinasi Teh Hijau Matcha, Teh Merah dan Teh Putih, antara fungsinya sebagai antioksidan, membantu meningkatkan metabolisma, membakar lemak, mengurangkan selera makan, mengekalkan kecergasan tubuh, meningkatkan tenaga dan ketahanan badan, detoks dan lain2 lagi.

Customer yang dah try Cinch Energy Teamix ni mesti akan repeat order 
sebab dah rasa kesan positifnya. Sorang customer siap bagitau, minum Cinch Energy Teamix ni.. bila poo poo... 'macam2 rupa' keluar! hahaha detox abis...!

Kalau tak percaya, cubalah sendiri... Miza paling suka bila minum ni.. 
mata jadi bulat jer tak der ngantuk2, terutamanya kalau lepas makan tu kan.. 
masa solat mesti asyik nak menguap je... amik Cinch Energy Teamix ni... 
segar bugar terus!

Mahal ke???
Sekotak : 28 sticks
Harga : RM131.00 (exclude postage)

Nak cuba? Contact Miza ok...
Whatsapp.WeChat.Telegram : Miza Ahmad, 019-4567 268
Emel : mayya7278@gmail.com

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SHAKLEE?

BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE?

RM75 SAHAJA SEUMUR HIDUP 
(TERMASUK KOS POS KIT AHLI TERUS KE DEPAN PINTU RUMAH ANDA!)

COD SHAKLEE : BAYAN LEPAS, SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, SUNGAI BATU, GELUGOR, PULAU PINANG

Tuesday, 13 May 2014

Lecithin Shaklee Boleh Sedut Lemak???


Hahhh... ni hot selling Miza tiap2 bulan...
kalau nak tau.. ni la produk Shaklee yang wajib amik kalau nak kurus... 
nak turunkan kolesterol pun boleh...
nak tingkatkan daya ingatan pun boleh..
bfeed mommy nak amik utk kurus dan kurangkan bengkak susu pun boleh...
masalah rambut gugur pun boleh...
extra bonus, nanti kulit lembap2 gitu...

Paling best untuk kurus la sebab...
fungsi Lecithin ni pecahkan lemak.. 
dikenali juga sbg 'pengemulsi lemak'... camner tu?
dia ada kesan melekat kat lemak tau...
so, lemak tu terapung kat dalam darah, dan avoid lemak
dari melekat kat dinding membrane...
Lecithin ni tak boleh dihasilkan oleh badan kita tapi badan kita perlu sangat...


Sebotol RM52.50, utk kegunaan sebulan... mahal ke uolss..???
nak lagi murah, jom la jadi ahli..
RM75 je seumur hidup...
pasni tak yah pening2 nak survey sana sini
kompom dpt harga ahli yang save sampai 25%...!
heheheh lariiii....

NAK JADI AHLI SHAKLEE?
NAK BELI PRODUK SHAKLEE?

SMS.Whatsapp.WeChat.Telegram
Miza Ahmad
019-4567 268
mayya7278@gmail.com

COD Shaklee Bayan Lepas, Sungai Ara, Teluk Kumbar, 
Sungai Batu, Gelugor Pulau Pinang

Monday, 12 May 2014

Masalah Angin Dalam Badan? Garlic Shaklee Sedia Membantu!

Wahhh... tajukkk... hehehe...

Lama tak bersiaran... banyak sebenarnya Miza nak share tapi ada sedikit halangan yang tk dapat dijelaskan di sini...tapi tak per.. i'm back..! 

Alkisahnya... Miza baru try Garlic Complex 7/5/14 (Rabu) yang lalu.. sebelum ni tiap2 bulan beli untuk abah Miza jer... dia ada diabetes... dalam banyak2 suplemen Shaklee yang Miza bagi abah, Garlic ni satu jer yang mama kata abah konsisten amik tiap2 hari... hehehe.. mesti feeling best kan sebab tu konsisten... Manfaat Garlic Complex ada Miza share dalam entry ini.



Macam mana Miza boleh terjebak lak dengan Garlic Complex ni..? Nak dijadikan cerita... Miza memang dok study pasal Garlic ni.. pastu kebetulan adik beradik dkt group Whatsapp FJM pun dok bincang pasal Garlic... macam2 sharing la yang keluar... ada yg bagitau sejak amik Garlic ni angin dalam badan keluar atas bawah la (uppss!).. kalau amik masa preggy badan, kaki tak sembap la.. bagus untuk preggy mommies yang ada keputihan/GDM la.. Rahsia kulit cantik orang Korea sebab dorang makan bawang putih la (wow..!) Ada sorang customer Miza yang amik Garlic pun ada bagitau, najis dia cam berminyak2 gitu...

So Miza teruja la nak try.. sebab lately ni kan muka Miza naik jerawat... Garlic bagus tau untuk muka berjerawat sebab sifatnya yang anti-bakteria.. pastu.. badan Miza ni memang banyak angin..! Kalau Miza makan ubi keledek ke, ubi kayu ke, kacang dhal ke, kobis ke.. pendek kata makanan yang berangin.. memang dapat la habuan... angin naik sampai kepala..! silap haribulan boleh sampai muntah2 tak boleh tidur malam... jarang2 kena.. tapi sekali kena memang azab weeeii... Miza penah makan kobis, kaki sampai bengkak.. jalan terhencot2... huhu sadis kan.. Bila ngadu kat mama... mama kata, 'badan hang memang banyak angin ni...' Haah kan? Agaknya Miza ni gemuk angin kot..? bistu takkan nk biar jer kan.. kena la ikhtiar... 

Malam pertama makan, esok pagi tu memang power la 'morning thunder'.. kalah en.somi... hahaha.. siyes tak penah macam tu tau... tapi memang rasa legaaaa sangat2... malam kedua makan, esok pagi tu masih lagi buang angin... tapi kat sendi2 ada rasa cam sengal2 sikit.. confirm la badan Miza ni banyak angin..! Miza teruskan juga ambil sampai hari ni dah dekat seminggu... memang best la... Miza noticed, jerawat kat muka pun dah kecut...

Satu lagi.. dulu masa stop amik pil perancang sebab plan nak pregnant (masa tu tak jumpa Shaklee lagi..).. period asyik lewat je.. dalam hati dok perasan ingat dah pregnant... rupanya tak.. berlarutan sampai beberapa bulan.. masa beli Minyak Mustajab kat stokis Nona Roguy.. akak tu cakap, ada angin yang blocked period tu, sebab tu period tak turun.. tapi masa tu tak amik port, nak2 bila dah disahkan pregnant... lupa teruss..

Lately ni.. Miza selalu rasa sakit menyucuk kat bawah perut, kt peranakan... tk tau nk describe macam mana.. macam angin tak lepas.. masa tu baru la teringat kata2 akak tu... lepas amik Garlic... bila buang angin, rasa lega sangat... harapnya keadaan ni akan berkekalan...

So pada yang ada masalah angin dalam badan, jom try Garlic Complex ni.. tak mahal tau.. sebotol RM47.50 (60 biji untuk kegunaan sebulan) je...

BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SHAKLEE?

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?

Hubungi...
Miza Ahmad
Shaklee Independent Distributor (ID 913363)
SMS.Whatsapp.WeChat.Telegram : 019-4567 268
Emel : mayya7278@gmail.com
Jemput Like : Mama Mayya Healthcare

COD Shaklee Pulau Pinang - Bayan Lepas, Sungai Ara, Teluk Kumbar, Sungai Batu, Gelugor


Thursday, 1 May 2014

Fadhilat puasa di bulan Rejab...

Assalamualaikum wbr...,



Alhamdulillah hari ni kita dah masuk bulan Rejab... terasa semakin hampir kita dengan bulan Ramadhan.. tapi adakah kita sempat bertemu bulan Ramadhan...? Jom kita panjatkan doa agar kita diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan... rindunya Ramadhan.. semoga dapat bertemu dan merebut keberkatannya... semoga kita dapat menjalani Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas... tapi jangan ingat Ramadhan je... bulan Rejab pun banyak barakahnya... selain sibuk berpuasa ganti sebab dah nak masuk Ramadhan, perbanyakkanlah puasa sunat ya... pahala dapat, badan pun lebih sihat... dapat gak train perut tu terutamanya yang ada gastrik tu kan hihihi... tak lah perut tu terkejut, katanyaa.. 

Oklah.. jom tengok fadhilat berpuasa di bulan Rejab... sharing is caring..
  • Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
  • Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Sama2 kita cuba berpuasa sebanyak mungkin di bulan Rejab ni... Moga sama2 dapat manfaat dan ganjaranNya... amin.. :))

Sampai nanti, XOXO..!
Miza Ahmad
Pengedar Sah Shaklee (ID 913363)
COD sekitar Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Sungai Ara, Gelugor, Pulau Pinang.
019-4567 268
mayya7278@gmail.com