"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, 11 July 2014

Makaroni Bakar Kegemaran Anak2

Assalamualaikum wbr...

Salam Ramadhan semua... dah lama Miza tak update blog kan? hihik...
Sebenarnya Miza ada banyak pending draf.. ada macam2 nak cerita dan share..
tapi bila dah lama sangat rasa segan pulak nak share... ngeeee...

Sepanjang bulan puasa ni.. Miza taklah masak hari2... ikut selera orang2 dalam rumah ni...
kadang2 masak, kadang2 beli je kat param atau kedai makan yang dah biasa beli... 

Baru2 ni Miza buat makaroni bakar... menu peberet anak2... selalu buat guna makaroni, tapi kali ni Miza guna penne, yang panjang2 tu... best gak guna penne, sos segala tu masuk dlm lubang2 tu kan, sedapppp gilosss bila makan!!! resipi dan bahan mudah sgt... jom tengok... btw, sori tak sempat nak snap gambar step by step, hihi...

 :: Ni guna makaroni.. gambar lama kui3 ::


RESIPI MAKARONI BAKAR

Bahan2
300 gram makaroni/penne (rebus dan toskan)
500 gram ayam/daging cincang (Miza guna 1 peket daging kisar Ramly yang 400gm tu je)
2 cawan cheese (Miza guna slice cheese je)
1 biji bawang besar (kalau bawang holland lagi sedap!)
3 ulas bawang putih
1 cawan susu segar/susu cair
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh mix herbs/oregano
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Mix vege (Miza ganti cendawan butang sbb anak2 suka)
Garam secukup rasa

Cara2
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar & bawang putih yang dikisar.
2. Masukkan daging, biar sampai masak.
3. Masukkan lada sulah, mix herbs dan susu. Kacau sebati.
4. Masukkan makaroni/penne, gaulkan.
5. Masukkan mix vege/cendawan butang, kiub ayam dan garam.
6. TUTUP API. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau lagi.
7. Masukkan ke dalam loyang (Miza suka guna loyang foil tu).
8. Taburkan cheese (Miza susun slice cheese).
9. Bakar pada suhu 180c selama 30 minit (ikut oven masing2 la ye) atau sehingga cheese keperangan.
10. Sejukkan kejap, baru potong. Kalau potong panas2, nanti takut berderai..

Selamat mencuba!! Pasti jadi menu peberet lepas ni.. :)))