"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, 18 August 2014

Makanan Untuk Awet Muda - Mudah dan murah!

Rini Miza nak share pasal makanan yang boleh membantu kita untuk kekal awet muda gitu... semua senang dapat dan murah je... ada tu yang memang kita makan hari2 je kot..! Jom tengok apa dia...



1. Kacang Soya
Boleh ambil bahan ni secara terus atau setelah diproses seperti tempe, air soya, tauhu dan sebagainya. Kandungan isoflavon mempunyai antioksidan untuk menghalang radikal bebas. Manakala kandungan protein dan lemak tidak tepu berkhasiat untuk sel-sel badan.




2. Brokoli

Mengandungi sulforaphane yang boleh mencegah kanser dan menguatkan sistem ketahanan badan. Kandungan seratnya pula berkesan untuk mengelakkan masalah penghadaman.



3. Bawang Putih

Kandungan allium di dalam bawang putih mampu memperkuatkan sistem ketahanan badan dan melambatkan pertumbuhan sel kanser. Manakala zat ajoene pula membantu menurunkan kadar kolesterol.




4. Blueberry
Mengandungi fitokimia (flavonoid) antioksidan yang sangat berkhasiat membantu melindungi badan dari kerosakan akibat radikal bebas. Kandungan anthocyanoside juga dapat memperkuatkan penglihatan.

5. Tomato
Mengandungi likopen yang sangat efektif mencegah kanser. Juga dapat menurunkan kolesterol jahat dan mencegah penyakit jantung dan kardiovaskular.



6. Cili
Mengandungi Vitamin C dan karoten terutamanya dalam cili merah yang membantu mencegah kanser.


7. Halia
Rempah ini mengandungi gingerol, lebih kurang aspirin yang berfungsi untuk mencegah strok. Penelitian yang dilakukan di Universiti of Michigan Comprehensive Cancer Center dan Universiti Minnesota, Amerika Syarikat mendapati halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser terutamanya kanser kolorektal.



8. Buah Anggur
Beberapa penelitian membuktikan biji anggur mengandungi pycnogenol sebagai penguat kolagen untuk pembuluh darah. Manakala kulitnya kaya dengan flavonoid yang mengandungi antioksidan lebih tinggi daripada Vitamin C dan kalium yang mengawal tekanan darah.



9. Bunga Kobis
Sulphoraphane adalah kandungan utama dalam bunga kobis. Zat ini diyakini dapat mencegah kanser terutamanya kanser payudara dengan cara membantu mengatasi kadar estrogen yang berlebihan.


10. Oat
Mengandungi serat yang mudah larut dan berkhasiat untuk membantu menurunkan kadar kolesterol dan menstabilkan kadar gula darah.


TAPI...! Untuk melambatkan penuaan, janganlah bergantung pada faktor nutrisi yang  kita ambil semata-mata. Sebaiknya, imbangkanlah jugak dengan aktiviti fizikal dan senaman. Boleh tingkatkan atau mempertahankan pengeluaran hormon pertumbuhan (Human Growth Hormone - HGH). Selain itu, kita juga boleh mengasah otak kerana berfikiran positif akan dapat memperlambatkan proses penuaan.

Ingat.. jangan tua sebelum waktunya tau... :)

Kalau tak suka makan semua makanan kat atas tu sebab tak suka makan sayur ke, malas, rasa renyah nak siapkan ke... hah... makanlah suplemen... Shaklee ada semua...! hehehe...

No comments:

Post a Comment