"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, 25 August 2014

Tips Mudah Untuk Kurus, Sihat dan Cantik - Minum Air Lemon je..!

Assalamualaikum wbr...!

Selamat pagi Isnin semua...! Pagi ni kat Bayan Lepas redup dan sejuk je... tapi no Mondayblues or Mondaygitis ok...! Mulakan hari kita dengan senyuman yang paling ceria sekali... dan sebarkan aura positif pada semua orang di sekeliling kita... mudah-mudahan apa yang kita rancangkan pada hari ini akan berjalan dengan baik...!

Hari ni Miza nak share MANFAAT MINUM AIR LEMON PADA WAKTU PAGI... bagi Miza, inilah tips untuk mendapatkan badan yang sihat, turunkan berat badan dan dapatkan kulit yang cantik dengan cara paling mudah sekali nak buat... Tapi kalau rasa tak sempat, tak mampu nak minum pagi2... boleh jugak letak hirisan lemon dalam sebotol air kosong 3 liter tu... pastu minum sepanjang hari... tak la rasa boring nak minum air kosong je kan..! Badan pun lebih sihat... hah, jom tengok apa manfaatnya minum air lemon pagi2 ni...



1. Membantu penghadaman
Air suam bukan sahaja membantu merangsang saluran penghadaman, tetapi lemon dipercayai mengaktifkan dan membersihkan hati. Ia juga menyingkirkan asid penghadaman dalam proses menghadamkan makanan dan menyingkirkan bahan buangan.

2. Menyokong sistem imun
Buah-buahan sitrus seperti lemon kaya Vitamin C dan asid Askorbik. Vitamin C membantu menentang selsema. Manakala Asid Askorbik membantu penyerapan zat besi yang juga memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.

3. Mengalkalikan tubuh
Jika tubuh anda berdepan keseimbangan pH yang kronik, bermakna penyakit akan mudah menyerang. Walaupun lemon bersifat asid, ia mempunyai keupayaan untuk mengalkalikan yang tinggi selain cara terbaik untuk memastikan keseimbangan pH tubuh berada pada paras sepatutnya terutamanya jika diet anda kaya daging, keju dan/atau alkohol.

4. Membantu detoksifikasi
Air lemon adalah diuretik semulajadi, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin bersama. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya membantu memaksimumkan enzim yang merangsang hati.

5. Pemberi tenaga
Ramai yang mengakui dengan mudah berjaya melupakan kopi selepas beberapa hari minum air lemon. Kombinasi air dan lemon membantu hidrasi dan meningkatkan paras oksigen dalam darah, memberikan anda rasa hebat!

6. Mencantikkan kulit
Dehidrasi yang kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Jadi mulakan hari anda dengan air lemon. Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit sihat dan sebagai antioksida bagi mencegah penuaan.
 
Hah, banyakkan manfaatnya? Rugilah kalau tak try... bukannya susah mana pun... jom try dan sama2 rasai kesannya... :)

No comments:

Post a Comment