"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, 18 September 2014

Buat gak akhirnya... Kek Puding Karamel Pelangi

Sebenarnya Miza dah laaaaama sangat tingin nak makan kek yang semakin jadi fenomena ni.. Cuma, yang selalu membantutkan hasrat Miza nak try kek ni, sebab kena buat meringue! Seriously.. kalau Miza tengok resipi yang kena buat meringue.. terus stop, tak scroll dah resipi tu.. tak tahu la kenapa, tapi Miza rasa macam susahnya nak buat meringue tu... dgr macam2 pantang lak tu.. tak boleh termasuk telur kuning walau sikit pun, tk boleh peralatan ada air sikit pun.. adoyaiii.. banyaknya don'ts dia...

So bila Miza jumpa kt FB ada yang jual Tepung Segera Kek Puding Karamel Pelangi ni, Miza pun terus la beli.. ingatkan sebab dah segera kan, tak yah la buat meringue.. rupanya kena buat jugak! huh.. peram lagi la dalam kabinet...

Tapiiii.. lately ni kat page Resipi Ringkas tu, makin ramai lak yang cuba dan menjadi... pastu siap dok cerita kata kek tu sedap la dan macam2 lagi yg bikin panasss jer kan.. makin membuak2 la dalam hati ni nak buat dan nak rasa akan kesedapan kek yang diwar2kan tu...

Maka, masa cuti umum Hari Malaysia ritu, Miza pun mengumpulkan kekuatan (ayat tk leh blah) utk buat jugak kek idaman Malaya ni... guna tepung segera yang beli dah berkurun tu.. sib baik tk expired lagi... Pecah peluh la jugak nak mengasingkan telur kuning dan putih tu (lebih pada nervous takut tak jadi sebenarnya haha).. 

Ni tepung segera yang Miza gunakan... masa baca step2 yang diberi dalam pek tu.. dah rasa macam, 'eee renyah nyaaa..' tapi buat jugak pelan2.. sib baik Yaya tido masa tu...

 :: siap bawak pek duduk kat sofa, baca step by step dia haha gila nebes mak ::


Masa baca cara buat tu, baru pasan... oven Miza cuma muat loyang 8 inci je... kek tu kena masak dalam loyang 8 inci, bersama loyang yg lbh besar berisi air.. so kena lah fikir cara lain... masa tu dah rasa mcm nk stop buat pun ada... rasa tak berani nk memandai2 takut lain pulak jadinya...

Tinggg..! Idea mai dah...! Apa yang Miza buat... Miza pecahkan kepada 2 loyang kecil.. satu loyang Miza guna kaedah waterbath.. satu loyang lagi Miza kukus guna periuk nasi elektrik... 

Oven Miza tu kan dah season.. kek terhangit/hitam kat atas tu mmg trademark dia la... itulah yg terjadi pada kek ni.. tapi kurang hitam dari selalu, maybe sebab waterbath kan.. tapiiiiiiiiiiii (panjangnya tapi.. sedih ni!) tengoklah apa yg terjadi... huhuhu nangesss


:: puding karamel tak mengeras!! huhuhu... sib baik kek sedap ::

Tak tahu kenapa karamel tak keras.. Miza rasa sebab Miza tak pandai setting oven Miza kot... pastu Miza lupa yang kek ni kena masak guna api bawah je (hahaha padan muka cek).. dan satu lagiiii... Miza terlebih excited nak keluarkan kek... kek tak betul2 sejuk lagi Miza dah keluarkan... ngalahkan budak2.. so makanlah kek puding karamel pelangi 'melimpah'... wakakkaka.. tapi sedap tau..! 

Yang kukus tu... alhamdulillah menjadi.. tahankan diri tunggu sejuk dan simpan dalam peti es dulu... cuma spoil sikit sebab loyang kan kecik... Miza ni gagah pi tuang penuh2.. so masa kek naik, terkena la kain yang balut tudung periuk tu... kek macam naik tak abis gitu.. kat tengah kek cam tak berapa masak... tapi overall, tetap sedap... psttt... en.somi pun makan tau, selalu kek2 yang Miza buat dia tak berapa layan sebab tak minat...

:: cantik kan? nampak tak kat tengah kek tu cam lembik sikit ::

Banyak2 kek yang Miza buat di umah selama ni.. kek ni lah yang paling cepat sekali abis.. seriously, tak sampai 24 jam! tak puas lagi nak ulang makan... terlajak laris gitu...

Daripada takut2 nak buat, hah! sekarang ni dah excited pulak.. terus cari resipi kek ni.. nanti nak cuba lagi.. tak banyak beza pun dengan tepung kek segera yang Miza beli tu.. pengajaran moral yang Miza dapat.. apa2 kita nak buat, JANGAN MENGALAH SEBELUM MENCUBA...! tih hihihi... dah jadi, seronok lebih pulak!

Nanti kalau Miza dah cuba Miza buat entri pasal kek ni lagi ya... :))

No comments:

Post a Comment