"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, 4 September 2014

Menu Diet - Sandwich Telur Yang Giler Sedap!

Ohhh kegilaan apakah ini... Entry marathon... hahahaha... tengah idea mencurah2 ni.. tak baik dibazirkan, ye tak??

Ok nak share resipi yang Miza baru try siang tadi.. sedap giler la di tekak Miza (kalau tekak korang rasa tak sedap sori la na..) Biasanya sandwich telur Miza cuma telur rebus, mayonis, sos cili, dan kadang2 tukar dengan lada hitam... makan dengan roti plain gitu je...

Hari ni... Miza tambah salad, tomato dan... ikan bilis goreng...! perghhh sedapp... ada krup krap gitu...



Minta maap la ye, sandwich telur Miza ni tak plating lawa2... sebab mula2 pikir nak makan je... dah makan eh sedap pulak, dah sedap baru tingat macam nak share... haha... so gagah la amik hphone snap gambar sandwich yang dh tinggai separuh tu... kui3...

Bahan2

Telur rebus
Lada hitam
Mayonis
Garam
Salad (Miza hiris)
Tomato (potong dadu)
Ikan bilis goreng

Cara2

1. Lenyek telur rebus, masukkan mayonis.. sukatan agak2 lah ye.. jgn banyak sangat.. nanti rasa mayonis je, hilang rasa telur
2. Masukkan lada hitam, perasakan dengan garam
3. Sapu atas roti, tabur salad, tomato dan ikan bilis goreng.
4. Telangkupkan sekeping lagi roti dan ngap...! Krup krap bunyi dia...!

Boleh gak gantikan roti tu dengan wrap tu.. ala2 Twister kat KFC gitu kan...

Sapa yang diet tu bolehla buat sandwich ni... tapi janganla bantai berkeping2 ye.. ke laut diet tu nanti... hehehe...

Selamat mencuba... :))

2 comments:

  1. Assalamualaikum, huda singgah blogwalking sini. Maaf lambat blog walking dekat blog korang semua ye. Oh ye, apa - apa pun thanks tau sebab share link dengan huda dalam group fb #kelabbloggerbenashaari.
    Huda dah senaraikan link blog awak semua dalam entry blog walking dekat blog huda. Jemput singgah dan blogwalking juga ye dekat blog blogger lain,hehe =D
    http://nurfarahudahud.blogspot.com/2014/08/blog-walking-di-blog-mereka.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Huda.. terima kasih ye sebab sudi singgah sini dan letak link blog Miza di blog Huda.. Miza dah blog walking kat blog Huda..

      in sha Allah akan blog walking juga blog blogger yang lain.. btw salam perkenalan.... :))

      Delete