"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, 10 October 2014

Simpul Biawak a.k.a Tarik Mengkarung? Tiada lagi dgn Ostematrix...!

Penah tak masa tgh nyenyak tidur malam2 (nak2 time ujan sejuk tu... best gilaaa)... tetiba... erkkkk...!!!! Cramp kat betis!!! Untuk beberapa ketika, otot betis rasa macam ditarik dengan tegang kan? Sampai rasa sakit yang amat sangat. Tapi bila kena urut2 tu, barulah lega.... (buat muka lega sikit! hehe)

 
Kalau di kalangan masyarakat Melayu gejala yang kita selalu alami ni juga dikenali sebagai 'simpul mengkarung'.  Kalau orang Utara sebut, 'tarik mengkarung'...
 
'Serangan' ni bukan saja semasa tidur, malah juga berlaku ketika duduk, berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan. Ia akibat otot terasa cekang, keras dan sakit dalam satu tempoh masa tertentu.

Namun, jika kekejangan tersebut dibiarkan tanpa dilakukan urutan, ia mengambil masa lebih lama untuk kembali kepada asal dan boleh membahayakan terutamanya jika serangan berlaku ketika seseorang itu sedang menyelam atau berenang. 
 
Biasanya kita tak berapa kisah sebab kita rasa ni sakit biasa je, dan tak bahaya.  Yang selalu kena kejang otot ni ahli sukan yang 'mengerah' anggota tubuh, khususnya bahagian kaki untuk 'bekerja' keterlaluan.
 
Juga selalu berlaku kepada wanita-wanita yang hamil, apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar. Kaki yang penat membawa beban akan mudah menjadi lenguh dan menyebabkan kekejangan. Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

Jadi, wanita hamil yang selalu mengalami kekejangan ni dinasihatkan supaya tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. Sebaliknya, cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur. Boleh juga menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.

Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya. 


Dr. Zubaidi Ahmad dari Kumpulan Perubatan Penawar Johor Bahru, berkata, kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit.

Tegasnya, kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki.

"Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.

"Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan,'' ujar Dr. Zubaidi.

Terang beliau lagi, keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.

Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Begitupun, teori yang lebih popular adalah keadaan keterujaan pada saraf otot-otot (neural excitability) yang terlibat, menyebabkan keadaan tersebut berlaku.

"Otot yang paling lazim dikaitkan dengan masalah kejang adalah otot di bahagian betis, Bagaimanapun ia turut berlaku di bahagian lain.

"Tidak dinafikan, keadaan ini amat sakit dan menyebabkan gangguan kepada pesakit yang kebiasaannya berlaku dengan sekelip mata,'' ujarnya.

Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

Tambah beliau, keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.

"Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan. Namun ia akan memberi kelegaan .

"Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

"Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan,'' ujarnya.

Katanya lagi, tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.

Selain itu imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.
 
Kredit :  Utusan.com
 
Miza dulu memang selalu kena tarik mengkarung ni... masa pregnant dan time tak pregnant pun kena... memang sakit!  Tapi sejak Miza amik Ostematrix masa mengandungkan Yaya pada 2011, sampai sekarang.. jarang sangat2 dah kena tarik mengkarung. Seingat Miza dalam tempoh 3 tahun sejak konsisten amik Ostematrix ni baru kena 2-3 kali kot.. ke kurang... Malah sepanjang tempoh kehamilan, Miza tak mengalami masalah sakit belakang atau sakit kaki yang biasanya ibu hamil alami. Sebab tu sampai sekarang Miza teruskan pengambilan Ostematrix... sumber kalsium terbaik! Lagipun, kena la jaga dari sekarang kalau tak nak kena penyakit tulang reput a.k.a Osteoporosis tu...
 
OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.
 
Sebotol RM61.00 je untuk sebulan
 
BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?
BOLEH DAPAT PENJIMATAN SEHINGGA 25%...!!

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG

2 comments:

  1. Produk pertama saya,alhamdulillah saya suka sgt2 ostematrix ni...lagi2 ksg hamil 2nd baby..tak pernah lagi krem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Pn Maziah... saya paling suka Ostematrix ni... sebab sejak amik Ostematrix ni, dah tk kena lagi krem... sakit blkg pun tkder msa pregnant... syukur Allah bukakan hati saya utk cuba Shaklee... :)

      Delete