"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday, 29 January 2015

Rasa ESP yang sedap buat anak tak senang duduk!!!

Assalamualaikum wbr...

Sedar tak sedar kita dah 29 hari dalam tahun 2015... cepatnya masa berlalu kan... semoga masih istiqamah dgn azam 2015 ye...!!!

Pagi ni tiba2 Yaya bangun masa kami tengah solat Subuh... ceria je, puas tdo la tu... sib baik x meragam....

Mama ingat taknak minum lagi... tapi ntah macam mana, Yaya boleh tertengok shaker bekas kakak Ain minum sebelum pergi sekolah tadi dekat sinki... merengek2 menangis2 minta mama buatkan milo ESP... oklah oklahhhh mama buat... masa mama tgh buat tu dia diam, suka la tu... tapi bila mama nak snap gambar dia dlu, mula la menangis2 balik nk Milo ESP.... tp mama snap gak gambar dia... candid gitu! tapi mama suka tgk gambar ni... hahaha

dapat je bahagian dia, terus slurppp sambil tgk kartun Doc McStuffin... haihhh lah anak... nk tergelak pun ada... kalau dgn ESP, takleh kompromi...

Apa nak buat? ESP ni sedap sangat sampai tak senang duduk selagi tak dapat.... hehehee

Monday, 5 January 2015

Sedapnya Lasagna Roti.... resipi anak makan bertambah2 tanpa sedar!!

Miza dah penah cuba resipi Roti Lapis Daging Berkeju.. pastu cuba jugak resipi Lasagna Roti ni... eh tk sama ke...? ye memang tak sama... Roti Lapis Daging Berkeju guna perencah Black Pepper Maggi... tapi Lasagna Roti guna sos spagetti... pastu... Roti Lapis Daging Berkeju ada cheese di setiap lapisan rotinya... Lasagna Roti ni pulak, cheese kat topping ajer... kalau ikut tekak kami anak beranak, Lasagna Roti ni lebih best... dah 2x buat dan tk jemu nak buat lagi...

First time buat Miza isi dalam caserol, dan bakar dalam oven... kali kedua buat (gambar di bawah) guna pemanggang ajaib... yg pasti dua2 sedap, hehehe kalau ati dah suka kan!

resipi lasagna roti mudah dan sedap

Bahan2 utama yang digunakan macam dalam gambar kat bawah tu... senang dapat bahan2 ni semua kan...

lasagna roti ringkas mudah simple sedap

RESIPI LASAGNA ROTI

Bahan-bahan

12 keping roti Gardenia
200ml susu segar/full cream (1 kotak kecik pun cukup)
3 biji telur

400gm daging kisar
sebiji bawang besar/bawang Holland
3 ulas bawang putih
1 tin kecil Sos Spageti Cendawan Prego (kaler hijau)
6 biji cendawan butang (ikut selera suka byk mana)
1 sudu kecil lada hitam (optional/ikut tahap kepedasan)
1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
Garam secukup rasa
Keju mozarella utk topping (Miza guna Slice Cheese Cheddar je)

Cara-cara

1. Tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang dipotong halus/ditumbuk.
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak/berubah warna.
3. Masukkan sos spagetti. Setelah mendidih, masukkan cendawan butang yang dihiris.
4. Masukkan serbuk lada hitam dan oregano/mix herbs. Perasakan dengan garam.
5. Masak hingga agak kering. Tutup api, ketepikan.
6. Pukul telur dan susu segar/full cream.
7. Celup roti dan susunkan ke dalam loyang kegemaran. (kalau guna pemanggang ajaib, sapu minyak sikit pada kedua2 belah pan. Kalau guna loyang stainless steel tu, gris sikit dgn butter/majerin/minyak supaya senang nak keluarkan nanti. Kalau guna caserol, tak yah gris dah)
8. Tabur isi daging yang dimasak tadi hingga menutupi roti.
9. Ulang lagi langkah 7 dan 8 hingga roti dan daging habis.
10. Taburkan cheese di atas roti lapisan terakhir. Baki susu yang ada boleh tuang atas cheese/roti.
11. Bakar dalam oven selama kira2 20-30 minit, suhu 220c (ikut pada oven masing2).

Selamat mencuba... anak2 mesti suka punyalah...! :))

Penangan Promosi GLA Complex - Yaya terpaksa terima adik baru!!!

Assalamualaikum wbr...!

Rasanya blom terlambat kot no utk Miza ucapkan Selamat Tahun Baru 2015...! Semoga tahun ini lebih baik - cemerlang dari tahun lepas... dari segi rohani, jasmani, kesihatan, kewangan dll...

Rupanya dah hampir 3 bulan Miza tak update blog yea... hehehe... apakan daya, kalau dah kena 'penyakit buatan orang' ni, tk leh nak kata apa lah... asyik pening dan loya je, tp syukur tak muntah2 macam pregnancy lepas2...

Alhamdulillah... tak lama lagi, bertambah lagi sorang ahli keluarga Miza... Ritu rasa macam terlalu awal nak share, check sendiri je pun masa tu... tp lepas dah jumpa doc, dan dh masuk 3 bulan ni baru rasa cam ok sikit nk ngadap pc lama2... barulah leh cerita... :)))

In sha Allah, due date ahli keluarga baru ni ialah pada 18 Julai 2015... masa Raya Posa kottt...!! ngeeee.... semoga dapatlah mama posa penuh ye tahun ni baby... hihi... 



Nak kata penangan promosi GLA Complex Ogos 2014 ritu... boleh jadi kot? Sebab Miza memang dah lama stop amik pil perancang... tapi period suka dragging sampai 15 hari... pastu 'waktu dtgnya' pulak, mula2 tengah bulan.. pastu... ujung bulan pulak... pendek kata, tak regular lah kan period tu...

Sempena promosi GLA Complex ritu, Miza pun try gak... niatnya nk regularkan period dan atasi masalah hormon tk stabil... sebab tiba2 je jerawat tumbuh kat muka ni macam cendawan tumbuh lepas ujan... byk gila sehh..!! Sampai ibu mertua ku pun tya... sobsss....

Kesuburan pun tak macam muda2 dulu.. bak kata org tua2.. pantang melawak je jadi... hahaha paham tak? bila dah beralih umur ni, tak makan pil perancang pun tk lekat2... sekali dah amik GLA Complex... hah amik...

Tau tak camna GLA Complex ni membantu utk pasangan yang nak menimang cahayamata?

GLA Complex ni antara fungsi utamanya menstabilkan hormon dan mengawal atur kitaran haid. Bila period dah regular, baru lah senang nak tahu bila waktu subur kan? So peratusan utk persenyawaan pun lebih lah tinggi....

Satu lagi, GLA jugak berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi, dan memudahkan pergerakan sperma ke uterus, seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan.

Cecair mukus yang subur juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 HARI, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku,  walaupun suami isteri tidak bersama dalam jangka waktu tersebut.

Jadi... bolehlah berikhtiar juga dengan GLA Complex ni... tak salah mencuba kan... selain utk kesuburan, GLA Complex ni juga bagus utk masalah senggugut, diabetes, kulit, kuku dan rambut yang cantik....

BERMINAT NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG SHAKLEE?

BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE?
BOLEH DAPAT PENJIMATAN SEHINGGA 25%...!!

HUBUNGI MIZA UNTUK KETERANGAN LANJUT
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID NO. 913363
MIZA AHMAD

SMS/WHATSAPP : 019-4567 268
mayya7278@gmail.com
Page : Mama Mayya Healthcare


COD : SEKITAR BAYAN LEPAS (SUNGAI ARA, TELUK KUMBAR, BATU MAUNG), GELUGOR, PULAU PINANG