"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, 5 January 2015

Sedapnya Lasagna Roti.... resipi anak makan bertambah2 tanpa sedar!!

Miza dah penah cuba resipi Roti Lapis Daging Berkeju.. pastu cuba jugak resipi Lasagna Roti ni... eh tk sama ke...? ye memang tak sama... Roti Lapis Daging Berkeju guna perencah Black Pepper Maggi... tapi Lasagna Roti guna sos spagetti... pastu... Roti Lapis Daging Berkeju ada cheese di setiap lapisan rotinya... Lasagna Roti ni pulak, cheese kat topping ajer... kalau ikut tekak kami anak beranak, Lasagna Roti ni lebih best... dah 2x buat dan tk jemu nak buat lagi...

First time buat Miza isi dalam caserol, dan bakar dalam oven... kali kedua buat (gambar di bawah) guna pemanggang ajaib... yg pasti dua2 sedap, hehehe kalau ati dah suka kan!

resipi lasagna roti mudah dan sedap

Bahan2 utama yang digunakan macam dalam gambar kat bawah tu... senang dapat bahan2 ni semua kan...

lasagna roti ringkas mudah simple sedap

RESIPI LASAGNA ROTI

Bahan-bahan

12 keping roti Gardenia
200ml susu segar/full cream (1 kotak kecik pun cukup)
3 biji telur

400gm daging kisar
sebiji bawang besar/bawang Holland
3 ulas bawang putih
1 tin kecil Sos Spageti Cendawan Prego (kaler hijau)
6 biji cendawan butang (ikut selera suka byk mana)
1 sudu kecil lada hitam (optional/ikut tahap kepedasan)
1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
Garam secukup rasa
Keju mozarella utk topping (Miza guna Slice Cheese Cheddar je)

Cara-cara

1. Tumis bawang besar yang dipotong dadu dan bawang putih yang dipotong halus/ditumbuk.
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak/berubah warna.
3. Masukkan sos spagetti. Setelah mendidih, masukkan cendawan butang yang dihiris.
4. Masukkan serbuk lada hitam dan oregano/mix herbs. Perasakan dengan garam.
5. Masak hingga agak kering. Tutup api, ketepikan.
6. Pukul telur dan susu segar/full cream.
7. Celup roti dan susunkan ke dalam loyang kegemaran. (kalau guna pemanggang ajaib, sapu minyak sikit pada kedua2 belah pan. Kalau guna loyang stainless steel tu, gris sikit dgn butter/majerin/minyak supaya senang nak keluarkan nanti. Kalau guna caserol, tak yah gris dah)
8. Tabur isi daging yang dimasak tadi hingga menutupi roti.
9. Ulang lagi langkah 7 dan 8 hingga roti dan daging habis.
10. Taburkan cheese di atas roti lapisan terakhir. Baki susu yang ada boleh tuang atas cheese/roti.
11. Bakar dalam oven selama kira2 20-30 minit, suhu 220c (ikut pada oven masing2).

Selamat mencuba... anak2 mesti suka punyalah...! :))

4 comments:

  1. Assalamualaikum..sis..mmg sedap ni..dh cuba..rasa cheese nya mmg melekat di kerongkong...

    ReplyDelete
  2. Assalaam, Alhamdulillah enak, kami satu keluarga happy makan lasagna roti, Moga Allah t Beri pahala buat puan :)

    ReplyDelete