"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday, 4 September 2015

Kehadiran Yang Dinanti - 'Izzul Qayyim....

Assalamualaikum wbr,

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah swt utk bernafas di muka bumiNya ini... syukur di atas segala nikmat dan rezeki yang diberikanNya jua...

Rupanya dah berbulan Miza tak update blog ni ya... banyak perkara yang berlaku dalam beberapa bulan ni... tak dapat Miza nak ceritakan satu persatu... tiada apa yang dapat Miza katakan melainkan syukur, syukur dan syukur kepada Allah atas segalanya... benarlah kata orang, Allah takkan menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya itu, kan..?

Walau apa pun, boleh dikatakan semua perkara yang berlaku beberapa bulan Miza menyepi ni adalah yang manis2 dan indah2 belaka... antaranya, kelahiran cahaya mata yang sangat dinanti2... 

Miza telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki melalui pembedahan ceaserian pada 8 Julai 2015 di Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang.  Bayi comel ni kami namakan 'Izzul Qayyim, dilahirkan dengan berat 3.26kg.

:: comel tak saya? hehehe ::

:: sporting nurse yang bawa baby dari Nursery bagi kami snap gambar ::

:: hari keempat, last day di hospital ::

:: hari kelima @ Home Sweet Home! ::

Kenapa Miza lahirkan Qayyim melalui pembedahan?  Sebenarnya tak ada masalah apa2, cuma disebabkan Yaya dilahirkan melalui pembedahan (sebab breech) 3 tahun lalu, so doktor bagitahu risiko utk 'pecah rahim' dalam 15% camtu.  Kalau tk jadi apa2 oklah, tapi kalau terjadi, nyawa ibu dan anak dalam bahaya.  Makanya en.somi tak benarkan Miza bersalin secara normal.. dia nak Miza bersalin melalui pembedahan.  Lagipun due date sebenar pada 17 Julai 2015, hari raya pertama tu... bila set for ceasarian, plg awal ialah 10 hari sebelum due date.. maka 8 Julai 2015 tarikh yang dicadangkan doktor.  

So hari raya kali ni kami beraya dengan org baru... hehehe mama teruja siap beli romper baju melayu untuk baby..!

Ehhh pjg pulak entri kali ni... balas dendam lama tk da entri la ni... k nti sambung lagi... post entri ni dlu.. hehehe